PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Training & Behavioral Issues (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=28)
-   -   kucing terlalu nakal (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=7688)

havit91 02-25-2014 08:41 PM

kucing terlalu nakal
 
1 Attachment(s)
saya ahli baru dalam forum ni and saya ada pertanyaan untuk abang2, akak2 and adik2 semua.

1. macammana nak ajar kucing jadi manja? sebab kucing saya terlalu nakal. saya belai dia tapi tak ada respond yang menunjukkan dia suka, digigitnya tangan saya ada la. kadang2 saya tengah tidur dalam pukul 4pagi dia main gigit2 kat kaki and tangan (saya tak kurung kucing dalam sangkar).

2. umur kucing saya 2 bulan lebih and saya bagi makan RC Babycat. soalan saya, boleh atau tak kalau saya bagi dia makan makanan lain macam ayam goreng or ikan goreng? sebab saya ada cuba bagi dia makan ayam goreng mmg pelahap dia makan. tapi makan RC tak ada pulak pelahap macam tu. maksud saya kat sini, nak bagi dia makan makanan lain tapi still utamakan RC. ayam goreng or ikan goreng tu saya nak bagi kadang2 sahaja.

3. berapa kerap kucing boleh dimandikan?


p/s: mohon jawapan yang jelas dari otai2 :D

tomato_wardrobe 02-26-2014 01:01 PM

Re: kucing terlalu nakal
 
saja nak share pengetahuan saya..utk jawapan soalan berikut:
1. kucing macam mana jadi manja? yg ni ikut baka, ada baka lebih manja, ada yang tak berapa suka kita belai. Tapi, juga ada orang kata lepas mandulkan, dia akan jadi kurang nakal sikit. Atau tunggu dia dewasa nanti lebih chance jadi close sikit pada u. Lebih-lebih lagi sekarang kucing u masih kitten, mesti suka main sangat. Setiap kali dia gigit, u boleh bagi tahu dia "No" dengan suara tegas atau buat suara sakit. Lama-lama nanti dia akan dapat idea perbuatan dia salah.

2. Jangan bagi makanan goreng sedangkan minyak masak kita orang tak berape baik utk kesihatan kucing. Mestilah dia suka makan ayam goreng berbanding dengan biskut yang tak berape rasa tu. Kalau nak masak utk dia makan, bagi rebus ayam/ikan sekali sekala cukup. Biskut kena diutamakan sedangkan formula biskut mengandungi semua khasiat yg diperlukan oleh kucing anda.

3. Berape kerap mandikan kucing? Tertakluk kepada kucing tu ada outdoor main ke tidak. Biasanya kucing ni tahu bersihkan dia sendiri, macam jilat badan dia selalu. Kalau nak mandikan kucing rumah 2-3minggu sekali pun boleh. Pasti keringkan dia lepas mandi dengan air suam. Ataupun, lapkan dia dengan kain basah suam kalau dia kena kotor.

harap pandangan saya boleh bantu u. {happy}

havit91 02-26-2014 05:07 PM

Re: kucing terlalu nakal
 
jawapan anda sangat membantu...thanks a lot saudara/saudari :)

IzzatAmir318 10-23-2014 12:30 AM

Re: kucing terlalu nakal
 
[KEPADA PENCINTA SI COMEL BULUS]


Si Kucing Anda suka Mencakar Sofa dan Langsir…?

Meow Meow Anda Aktif dan Suka Bermain..?

Anda Penat untuk bermain dengan Bulus Gebu anda selepas pulang bekerja…?



[ANDA WAJIB MENONTON VIDEO INI..!!!!]

Picit link VIDEO ini cepaattttt…---- > https://www.facebook.com/video.php?v=738523019555010


--------------------
CAT’S MEOW.. :D
--------------------

BerMinat…?
==========
HUBUNGI saya dengan SEGERA di

>PM SAYA <

WHATSAPP ke > 019 - 512 8583 <
@
SMS saya ke > 011 - 2258 2598 <

========

p/s : PM dan CONTACT saya SEGERA..!!! kerana STOK adalah TERHAD. Hanya tinggal 78 stok CAT’S MEOW dengan kami..

CEPAT BERTINDAK..!!! untuk Menjadi Pemilik CAT’S MEOW bagi melihat SI COMEL anda KERIANGAN dengan CAT’S MEOW.. :) ..

&

p/s : PM dan CONTACT saya SEGERA untuk TAWARAN DISKAUN + FREE POSTAGE + FREE GIFT untuk Pelanggan Terawal… ;)


All times are GMT +8. The time now is 03:45 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.