PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Coffee Room (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=20)
-   -   Bulu kucing yang gugur adalah najis (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=2348)

anitayusof00 06-01-2009 09:08 PM

Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Sori la klu korang dah aware tentang benda ni...tapi aku memang tak tau. So rasa terpanggil untuk share info ni dgn kengkawan yg sama tak tau mcm aku. Aku actually google soal jawab agama, alih2 terbaca tentang bulu kucing yg gugur dianggap najis dan perlu dibersihkan (Mazhab Imam Syafiee). Meaning, pakaian solat, sejadah atau telekung yg digunakan mestilah 'cat hair free'. Kena la vacuum atau kibas. Klu tak, solat tak sah wehhh....{ohmygod}{ohmygod}

catcatcat 06-01-2009 10:40 PM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Quote:

Originally Posted by anitayusof00 (Post 45960)

salam..
sy terpanggil utk berkongsi sedikit info berkenaan hal ni.. sblm tuh sy nak bertanya pada anitayusof, boleh bagi tak sumber info ni? adakah drpd Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)? sbb sy pernah terbaca pasal kemusyikalan ni di portal soal jawab agama JAKIM tetapi jwpn nya berbeza dgn isu yg anitayusof utarakan.. sila ke http://baheis.islam.gov.my/web/musyk...e?OpenDocument

wslm..

June 06-01-2009 10:50 PM

Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Kak,aku tak fikir mcm tu.ingat tak kisah Nabi Muhammad S.A.W nak solat pastu kucing baring kat sejadah tp Nabi gunting sejadah sebab tak nak kejutkan kucing dari tido?? mcm mana tu?? I don't think bulu kucing is najis.

Quote:

Originally Posted by anitayusof00 (Post 45960)
Sori la klu korang dah aware tentang benda ni...tapi aku memang tak tau. So rasa terpanggil untuk share info ni dgn kengkawan yg sama tak tau mcm aku. Aku actually google soal jawab agama, alih2 terbaca tentang bulu kucing yg gugur dianggap najis dan perlu dibersihkan (Mazhab Imam Syafiee). Meaning, pakaian solat, sejadah atau telekung yg digunakan mestilah 'cat hair free'. Kena la vacuum atau kibas. Klu tak, solat tak sah wehhh....{ohmygod}{ohmygod}

anitayusof00 06-02-2009 02:02 PM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Yes, I read it frum MUIS & forum Halaqah
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4125.0

I'm not the right person to debate on this matter. Hereby, I copy n paste one of the most convincing answer regarding the matter. So, terpulang la pada masing2 utk buat justification.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.

Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya? Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.

Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.

Sumber : Mufti Brunei

June 06-02-2009 02:07 PM

Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
wah!! klu mcm ni mmg dah kira parah Kak.aku bila sembahyang kucing suka dudk kat tepi sejadah {sick}.kdg2 bila aku sujud,durang suka cuit2 kepala aku {ohmygod}

sapa yg expert kat sini blh tlg kwn2??

noor22710 06-02-2009 02:43 PM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
tapi kalau ikutkan link yg diberi...soal jawab JAKIM tu...bulu kucen tak di anggap najis...isk konpius nyer...

abgraldo 06-02-2009 02:49 PM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Salam,
Ini jawapan dari JAKIM.

1. Assalamualaikum w.b.t...... Saya memelihara kucing di dalam rumah, apakah sah @ tidak solat saya jika terdapat bulu kucing pada pakaian saya ketika saya sedang bersolat @ terdapat bulu kucing di tempat sembahyang?

Wa Alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, Solat anda sah. Bulu kucing bukan dari suatu benda yang najis. Wallahu ‘alam.

2. adakah sah solat seseorang apabila ada bulu kucing yang melekat dibajunya

Sah solat yang terdapat bulu kucing yang melekat dibajunya kerana bulu kucing bukan kategori najis.

Pendapat Pakcu (bukan fatwa k...hehe)
Memang terdapat percanggahan tentang hukum ini kalau dilihat dari fatwa yang dikeluarkan oleh negara-negara lain. Bagaimanapun, disebabkan Pakcu duduk di Malaysia maka Pakcu follow dan ikut fatwa JAKIM ler. Yang penting kita confident dan yakin, dan niat kita ikhlas untuk beribadah. Wallahualam.

catcatcat 06-02-2009 03:06 PM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Quote:

Originally Posted by anitayusof00 (Post 46042)
Yes, I read it frum MUIS & forum Halaqah
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4125.0

I'm not the right person to debate on this matter. Hereby, I copy n paste one of the most convincing answer regarding the matter. So, terpulang la pada masing2 utk buat justification.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.

Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya? Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.

Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.

Sumber : Mufti Brunei

SALAM.. sy merujuk perkara ini kepada JAKIM dan berpegang kepada kenyataan bahawa bulu kucing bukanlah najis.. isu ni setidaknya lebih kurang kepada isu kembirikan kucing kerana masih bnyk khilaf di kalangan ulama serata nusantara walaupun sama berpegang pada mazaahab yg sama.. seperti mana saya berpegang pada kenyataan dikeluarkan JAKIM bahawa kembiri adalah harus.. sy akan juga berpegang pada kenyataan yg dikeluarkan JAKIM sendiri bahawa bulu kucing bukanlah najis.. kecuali lah terang-terangan sy nampak bulu tersebut terlekat najis maka bulu tersebut perlu disingkirkan atau dibuang sebelum mendirikan solat(bukan sebab bulu itu najis tetapi sebab wujudnya najis pada bulu tersebut..)...

Islam itu agama yg mudah dipraktikkan seharian dan tidak akan membebankan penganutnya..

sila baca halaman ni sebagai renungan dan sedikit panduan..

http://www.yussamir.com/2008/08/dahu...=1218473460000

wassalam

gambate 06-02-2009 03:32 PM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Saya setuju catcatcat.. Islam agama yg mudah..
dan saya jugak recall cerita yg sama Kak June mention ttg kucing yg tido tu..

Perbezaan pendapat umat Islam ni akan sentiasa wujud, baik dr segi solat, makanan etc.

Example mcm saya, dah mmg bergelumang bulu kucing, and everytime nak solat nk kena vakum n bersihkan sejadah/ telekung etc, tau2 masa pon dah abis. Saya berpendapat baik saya segerakan solat yg wajib tu..

Saya berpegang pd kenyataan JAKIM gak..

Just my 2 cents..

Quote:

Originally Posted by catcatcat (Post 46052)
SALAM.. sy merujuk perkara ini kepada JAKIM dan berpegang kepada kenyataan bahawa bulu kucing bukanlah najis.. isu ni setidaknya lebih kurang kepada isu kembirikan kucing kerana masih bnyk khilaf di kalangan ulama serata nusantara walaupun sama berpegang pada mazaahab yg sama.. seperti mana saya berpegang pada kenyataan dikeluarkan JAKIM bahawa kembiri adalah harus.. sy akan juga berpegang pada kenyataan yg dikeluarkan JAKIM sendiri bahawa bulu kucing bukanlah najis.. kecuali lah terang-terangan sy nampak bulu tersebut terlekat najis maka bulu tersebut perlu disingkirkan atau dibuang sebelum mendirikan solat(bukan sebab bulu itu najis tetapi sebab wujudnya najis pada bulu tersebut..)...

Islam itu agama yg mudah dipraktikkan seharian dan tidak akan membebankan penganutnya..

sila baca halaman ni sebagai renungan dan sedikit panduan..

http://www.yussamir.com/2008/08/dahu...=1218473460000

wassalam

prinz38i 06-02-2009 04:01 PM

Re: Bulu kucing yang gugur bukanlah najis
 
{victory}

anitayusof00 06-02-2009 04:34 PM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Wallahualam kengkawan....
Buatlah pertimbangan ikut rasional masing2.....I am only the person who started the thread. Tujuannya hanya sekadar berkongsi info. Jangan laa serang aku pulakkk.....AMPUNNNN {cry2}{cry2}

June 06-02-2009 04:37 PM

Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
muahahahah!!! smp minta ampun kak nita dibuatnya. {shy}{shy} rileks kwn2.kak nita tu bertanya,jd marilah kita menjawab beramai2 {grin}

Quote:

Originally Posted by anitayusof00 (Post 46062)
Wallahualam kengkawan....
Buatlah pertimbangan ikut rasional masing2.....I am only the person who started the thread. Tujuannya hanya sekadar berkongsi info. Jangan laa serang aku pulakkk.....AMPUNNNN {cry2}{cry2}

gambate 06-02-2009 07:12 PM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Quote:

Originally Posted by anitayusof00 (Post 46062)
Wallahualam kengkawan....
Buatlah pertimbangan ikut rasional masing2.....I am only the person who started the thread. Tujuannya hanya sekadar berkongsi info. Jangan laa serang aku pulakkk.....AMPUNNNN {cry2}{cry2}

haha.. {shy} takde la kak.. Takkan nak serang2 plak.. Lagipon, perbezaan pendapat yg pelbagai ni bagus, boleh dibincang2 kan, merangsang minda gitu..

catcatcat 06-02-2009 10:30 PM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Quote:

Originally Posted by anitayusof00 (Post 46062)
Wallahualam kengkawan....
Buatlah pertimbangan ikut rasional masing2.....I am only the person who started the thread. Tujuannya hanya sekadar berkongsi info. Jangan laa serang aku pulakkk.....AMPUNNNN {cry2}{cry2}

salam.. sy sebenarnya bersyukur dan berterima kasih sbb anitayusof mengutarakan isu ni.. sbb sy percaya niat anda adalah utk kita sama2 ingat mengingatkan.. setidak-tidaknya berkongsi info.. sekurang2 nya dpt merungkai mslh tersebut.. pada yg tak tahu akan jadi tahu.. mudah-mudahan.. {grin}

azris 06-03-2009 08:42 AM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
interesting discussion... my mum also said the same thing..bulu kucing adalah najis...but i stick to jakim punya stand yg bulu kucing bukannya najis..its all depends on our intention just like what pakcu had stated earlier in this thread... and i remember reading somewhere that if a cat drinks out of your pan then you can drink it as well as make ablution with it. It is also believed that when our beloved Prophet Muhammad gave sermons within his household, he would often hold his cat 'Muezza' in his lap.

Wahuallam.

habidaiya 06-03-2009 10:52 AM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
time kasih sbb kongsi perkara ni..amat berguna..

noor22710 06-03-2009 11:04 AM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Betol tu...apa salahnya kita berkongsi pendapat...

saya dan arwah abah dulu pun penah gak membincangkan perkara nih...
sebab saya dok Malaysia, so saya ikut jwpan JAKIM...{happy}

prinz38i 06-03-2009 11:17 AM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Memandangkan kite bersoal jawab mengenai hukum agama disini, saya nak tujukan persoalan mengenai kittens nie (anak kucing menyusu dengan seekor anjing)
: http://www.petfinder.my/pets/5511/

apekah hukum yang jatuh keatas mereka? and zuriat mereka?

sy dah post persoalan kepada JAKIM :-
http://baheis.islam.gov.my/web/musyk...B?OpenDocument

dan dah hubungi owner tu tuk amik kittens tu dan jaga sementara mendapat jawapan dari JAKIM. at least, boleh kawal keturunan die pun ok lah... tp blom dapat lagi jawapan dari owner tu nak bg ke tak sy adopt kittens tu...

anitayusof00 06-03-2009 12:01 PM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Thanks guyz.....
Memang itu la pun tujuannya kita berforum ni...yg tak tau jadi tau...yg tau jadi bertambah tau....REally appreciate all yr opinions...{good}{good}

mimipurr 06-18-2009 05:20 PM

Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
 
Salam,

My 2 sen, kita ni hidup berpandukan Al-Quran dan Hadis. Bukan kitab2 lain. Di Dalam Al-Quran dan Hadis telah menerangkan dengan jelas definisi najis, jenis2najis dan sebagainya, maka kita perlu mendapatkan sumber pengetahuan dari 2 source utama ini insyaallah.
Saja nak cerita(maybe dah tau pun)Sahabat junjungan besar Rasulullah s.a.w., Abu Hurairah yang diberi gelaran oleh nabi sebagai bapa kucing sgt suka memasukkan kucing ke dalam lengan baju kemana jua dia pergi sehingga rasulullah s.a.w. nampak dan menggelarkan dia bapa kucing. So kalau ada hal2seperti bulu kucing jatuh najis mesti ada hadisnya kan?
allahu'alam.

TQ,
mimi

All times are GMT +8. The time now is 08:19 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.