Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Salam n Selamat Sejahtera semua...
Mungkin ada yang dah tau pasal kisah ni tapi mungkin ramai yang tak tahu. So kat sini Pakcu nak ceritaler sikit nasib malang yang telah menimpa Pakcu. So, lepas baca (sorryler panjang sikit...{victory}), ada sapa2 yang boleh tolong selesaikan or bagi tips camana nak selesaikan, Pakcu harap sangat dan sungguh berterima kasih. Cam ni ceriternyer.... Pada bulan 7, kedai Pakcu didatangi oleh satu couple melayu dgn dua org anak kecik (laki/pompuan umur 4 n 6 thn (agaknyer). Kononnye pet lover, so they all beliler hamster dua ekor beserta dengan cage dan accesories lain, lebih kurang dalam 90.00. Masa bayar, bapanyer pun introduce diri sebagai Pegawai Kastam di Kelana Jaya nama AZMAN n offer kat Pakcu untuk beli barang rampasan kastam dengan harga murah. At that time tak der lagi nak beli apa2 so tak der la order. Pada bulan 8, Azman ni datang lagi, offer TV LCD Sony, minat gak tapi sebab tak penting sangat so tak der gak order. Pada bulan puasa datang lagi, kali ni ada bawak I-Charger utk kereta, yg kat luar dlm 400 - 600 gak reganya. Lepas test kat kereta Pakcu, so Pakcu belila dgn rega 50.00. Tengah bulan puasa PC Pakcu rosaklak... so terfikir nak beli laptop lak. So lepas raya, 26 Sept, Pakcu contactler si Azman nih, dia kata ada brand Sony Vios siap bagi nama model dua tiga. So, lepas runding harga Pakcu pun setujuler, n vet Pakcu n staff lain pun nak gak, so order ler 4 bijik. 27hb Sept dia dtg kedai, nak bawak Pakcu gi pejabat kastam nak amik barang tu. Pakcu offer bawak keta Pakcu, tapi Azman kata keta Pakcu tak boleh masuk, keta dia boleh sebab ada sticker Kastam (Pakcu tgk memang ada) so Pakcu agreed. Azman ni ada bawak anak dia dua org dalam keta sekali. Dalam keta sembang2 pasal kastam, semua dia tahu (betul tidak tak tahu ler). So, sebelum sampai kat Pejabat Kastam Hulu Kelang, dia kata HP berkamera tak boleh bawak masuk so dia suruh tinggalkan dalam dash board, n ic n wallet pakcu pun tak boleh sebab dia kata dia jual kat adik, nanti dia org tengok ic lain tak boleh. Kalau org tanya, cakap je terlupa bawak. Sampai jer kat Pejabat Kastam, so kitaorang pun parkingla kat tempat kereta2 kastam parking. Masa ni dia suruh serahkan duit nak beli laptop tu and suruh Pakcu tunggu kat situ. Pakcu pun bagi ler duit, bukak pintu kereta n keluar. Elok jer Pakcu keluar, terus dia cabut dengan kereta. Masa tu Pakcu masih ingat dia pergi gudang nak amik barang, tapi bila Pegawai Kastam keluar, n tanya Pakcu buat apa kat situ, barula Pakcu sedar Pakcu ditipu. Masuk Pejabat Kastam, rupanyer dia memang dah wanted and nombor telefon dia pun ada kat situ. So Pakcu pun terus buat report kat Balai Polis Hulu Kelang depan tu. So cash almost 4k, Ic/Lesen/HP lesap. Malam tu Pakcu check kat internet, rupanya dah ramai yang kena tipu dengan si Azman nih. So mlm tu Pakcu SMS la si Azman nih mintak dia pulangkan barang2 Pakcu balik, IC/Lesen/HP sebab benda2 tu penting, duit tu nak curi, curi la. Malam esoknyer dia balas, dia kata kalau nak barang tu balik bagi dia 20k. Huh... Pakcu pun negotiate ler dgn dia, so dpt la kurang sampai 8k. At the same time Pakcu dah beritahu Polis and we all try nak trap dia, tapi bila tiba tempat tu, dia suruh bank in kan pulak. So tak berjayala trap dia. Esoknya Pakcu beritau dia, Pakcu dah buat report polis sebab dia suruh Pakcu bank in kan. Dia ugut nak bakar kedai, bakai kereta, nak malukan Pakcu and until today Pakcu dok terima lagi sms threat ni. Yang Pakcu kecewa and sedih ialah pihak Polis, Telco and Bank macam tak bersungguh nak selesaikan kes ni. Semua maklumat dah ada. No akaun bank (dia kata akaun isteri dia), photo fit pun dah buat, photo dia kat CIMB ATM (petang 27hb tu dia try to use Pakcu nyer bankard tapi tak berjaya so kad kena telan kat Shell Tiram Sg Besi), No. Phone dia. Polis beritahu Pakcu dia org dah check akaun bank tu tapi alamat dia tak ujud. Memangler, kalau dia ada niat nak tipu, tak kan dia bagi alamat betul. Tapi masa bukak akaun tu mestilah kena bagi copy of ic n kat situ mesti tau no IC and alamat tetap dia. So Polis patut la siasat sampai ke situ. Ni tak, bila alamat tu tak ujud, dia org stop siasat n nak tunggu Bank confirm alamat yang betul. Mana la dia nak bagi alamat betul!!. Bila Pakcu pegi Telco Centre, dia org pun tak boleh nak tolong, walaupun Pakcu bagi police report. Seolah-olah dia org ni pentingkan business dia dari nak menyelesaikan jenayah. Pakcu cuma nak tau kat mana location number tu (dia mesti register pakai nama n ic org lain), i believe all Telco boleh trace location tu, tapi dia org kata tak boleh sebab benda tu nak buat kena dapat permission dari yang empunya nombor. Pelik betul, dia org lebih pentingkan privacy penjenayah dari mangsa jenayah. Bila Pakcu pergi Bank, bank pun tak bole tolong. Pakcu bagi semua polis report (ada 2 - Kecurian dan Ugutan). Pakcu nak mintak no ic pemegang akaun tu jer, lepas tu bolela Pakcu siasat dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk dapatkan gambar n alamat tetap isteri dia tu. So bolehlah tau siapa Azman tu. Bank pun tak bole tolong, dia kata itu privacy and tak boleh release kat third party. Kena tunggu Polis bawak surat dari Bank Negara. Kalau Polis tak buat kerja, so sampai bila-bila la kes ni masih tergantung. So, Pakcu punyerla stress, nak buat kerja pun tak boleh, selagi dia ni tak kena tangkap, selagi tu ler dia akan ugut Pakcu. So, Pakcu harap all forumers be careful kalau ada menerima sms or offer dari org macam ni. Some of forumers number ada dalam hp Pakcu yang kena curi tu, so probably dia akan hantar sms offer barang2 tu. Pakcu percaya mula tu dia akan cakap wrong number, tapi bila kita tunjuk minat baru la dia akan proceed. So, seeloknya, bila dapat sms macam tu, pura-puralah tunjuk minat. Lepas tu call Pakcu and Pakcu akan call polis dan kita trap dia sama2. Pakcu dah tak boleh harap dah kat Polis utk tangkap dia. Kalau Pakcu ni celebrity or orang besar, mungkin la dia org tu akan bersungguh, tapi Pakcu ni org biasa jer, so report hanya tinggal report jer la. Pada kawan-kawan or yg ada kawan, yang boleh trace location number hp tu, please help Pakcu. Sama-sama kita trace si Azman ni untuk membolehkan dia ditangkap oleh Polis dan menoktahkan kegiatan jenayah nyer. Terimakasih semua sebab baca ceriter Pakcu nih. |
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Quote:
Bf sayer dah hangus RM3k dalam 2 months ago..sebabnyer kan..diornag pandai..kalau tempat baru..dia bagi barang tueh pada ornag lapis pertama... pasteu lapis kedua hanguslah duitnyer.. bf sayer lapis kedua.. hangus..dia pun redha ja sbbnyer saya dah warn dia..dia tak dengar... let it be a lesson for him and others jugak.. Tak tahulah sama ke tak keadaannyer.. tapi diornag jual barang kastam rampasan katanya... |
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Ya Allah pakcu! kesiannya..tak baik btol org tu..takpe pakcu kita berdoa jer laa..sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.hope pakcu bersabar.segala mende yg dia buat tuh ada balasannya.
|
Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Ades!! Pakcu.mcm mana blh smp jd camtu ?? dia sms ugut2 tu Pakcu ada buat police report tak?? cuba Pakcu publish kat beberapa main newspaper kat Malaysia ni mcm The Star,Strait Times,Utusan,Berita Harian,Kosmo,Metro gambar2 dia.yg pakai photofit tu. biar suma rakyat tau sapa Azman ni.
Polis Malaysia ni mmg hanya akan tumpukan kes2 yg besar je.kes2 kecik ni durang akan sideline dulu.ada masa baru chk.dulu masa company kami punya van kena curi pun klu bukan saya sendiri yg bertindak,tak blh nak recover balik van tu.nak harap polis,polis tu siap hint2 minta duit {ohmygod}{ohmygod}{sick} |
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Quote:
Quote:
|
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
salam pakcu.
sedih dgr cite pakcu ni. sabar ye. hmm,. no ic x dek eh? kalu ade mmg hanco la idop si mamat. kang saya consult ngn mak mentua( polis). mudah2han dia leh bantu pakcu. tgk kalu2 kabel dia leh buat. sbb dr amount yg pakcu cakap tuh banyak tu.. sbb dia da start ugut2.jd cite lagi senang pakcu .msg dr lahabau tuh satu pun jgn delete yer. benda tu membantu sgt bila kita push polis ni. |
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Quote:
Thanks Bella for the help. Pakcu tak der no ic mamat tuh, kalau ader lama dah kena tangkap dier tuh. Tu yang Pakcu nak no ic bini dia dari akaun bank tuh, tapi Bank lak tak nak beri kerjasama, walaupun laporan polis dah bagi kat dier. Dapat no ic bini dia tuh, bole lah tau siapa suami dia kan. Semua sms ugutan tu Pakcu simpan, selagi kes ni tak settle selagi tu la Pakcu simpan. Report kat BP Kajang, ada lak Inspektor tu bole cakap, ni kes kecik, kalau kes besar barulah kita akan siasat betul2, kes kecik macam ni, kita tengok ler kalau kita senang. Ada boleh cakap macam tu, kes besar kes kecik sama jer, impaknyer pada mangsa sama jer. Boleh Inspektor tu cakap macam tu. Kalau dah pangkat macam dier cakap macam tu, yang bawah tok sah ceriter la. Hmm... sedih betul.... Tak jadi pada dia org boleh cakap la macam tu.... |
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
kesiannya pakcu sampai jadi camtu sekali... lin rasa kalao tak silap...beberapa bulan lepas dia ade advertise jual laptop sony vaio murah. bila kita call dan tanye mcmana dia dpt laptop tu dgn harga murah, pastu katanya dari kastam juga.kalo tak silap dekat lelong.com kot... tp nasib baikla tak jd beli sbb dah tukar selera kepada HP..
|
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
besar betul dugaan pakcu ni..{cry2}
tambah sedih,dia sanggup ugut nak bakar tempat punca rezeki pakcu...{cry2} |
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Quote:
Quote:
|
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
salam pakcu..
oh gosh..sy dh lame tk join forum..mcm2 hal dh jadi ekk.. hmm..mamat ni pkai no ape ekk pakcu.. kalo maxis insyaALLAH sy leh mntak tlg kwn sy check kn detail account die.. so kalo die register guna name die leh la dpt no ic n address die.. |
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Quote:
payah sgt dorg nak beri kerjasama. |
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Orang cam gini pun ada eh...
|
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
ciannya pakcu... so skrg ni cmner? ader any info x lg sal si azman tu?
|
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Quote:
digi la plak.. ssh la nk trace kalo cmtu.. |
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
salam, sy silent reader kat sini.
pakcu, sy pun kena jugak dgn title pegawai kastam. sy kena tipu Rm850 utk 2 biji sony viao, dan adik sy RM600 utk hp. masa hari dia deliver barang tapi tak sampai kat kami, sy terus buat report polis kat balai polis alor star. lepas report tu, adik sy cakap org tu bayar balik RM1000, jadi dia still hutang sy dan adik RM450. sy belum tarik report dan takkan tarik klu dia bayar habis pun. geram mmg geram sbb nak raya time tu. nama dia AB kadir Md Satun, guna maxis. inspektor yg uruskan kes sy dah check tapi nama yg didaftarkan dgn maxis adalah nama cina. mungkin hp curi. |
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
adoi..mcm2 peel org...sian pakcu....dorang ni takde keje lain dah ke?...ishhhh...durjana sungguh le....apa2 pun pakcu...doa byk2...agar Allah laknat org camtu..
nota kaki:..lupa lg amik barang 'itu'..adesss...dah masuk hway smlm baru tingat...nnt saya terjah kedai lg ek....sorry |
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Quote:
Quote:
Quote:
Quote:
Quote:
|
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
salam pakcu...tak ingat ke no plet keta dia..mana tau part tu dia kantoi..leh cek kat jpj,....nanti semua dpt ic,alamat dsb nyer....
|
Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!
Salam and Selamat Sejahtera semuer...
Ni Pakcu nak mintak tolong kawan2 yang ada kawan kerja di bank, terutama AlRajhi Bank or Bank Negara, untuk checkkan pemegang akaun. Dia ada bagi no account Al Rajhi Bank, dia kata no account isteri dia. Kalau boleh Pakcu nak tahu no ic isteri dia tu sebab bila bukak acc mesti bagi copy of ic n everything. Tau no ic isteri dia, boleh la dapat gambar isteri dia, alamat tetap dia. So, boleh lah tau siapa suami dia. So, sesiapa yang boleh tolong, PM or SMS Pakcu for further details. Thank you so much. |
All times are GMT +8. The time now is 03:58 PM. |
Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.