PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Cats & Kittens (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=25)
-   -   ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu. (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=7509)

haris 11-10-2013 05:33 AM

ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu.
 
Asalam dan selamat pagi,,,

Mohon untuk sesiapa yang mempunyai pengetahuan mengenai memilih kucing yang bakal saya beli.

Kehidupan harian..

12 jam keja.
12 jam di rumah..
Hujung minggu free.
Rumah taman. Bukan tinggal rumah kampung.
Berumahtangga wife suka kucing.. dan saya juga.
Pembersih dan tk suka kotor..

Pengalaman memelihara kucing

Tiada..

Kucing kampung

Jenis kucing yang di inginkan

Aktif , setia pada tuan ,patuh pada ajaran dan tahan cuaca dan lasak.

Kos yg di perlukan?? Ataupun bajet?

Peralatan dan tool lain.. yg di perlukan..

Saya amat berhajad utk memiliki kucing yg boleh menyertai pertandingan...

haris 11-10-2013 07:26 PM

Re: ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu.
 
{cry} any one ,,,, ad sapa2 boleh tlg bg pandangan yg bernas serta membina. Saya amat perlu kan nasihat serta pandangan tuan semua. Kucing macam mana sesuai utk saya beli...

Rayquaza17 11-11-2013 12:31 AM

Re: ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu.
 
Adakah wife kamu tinggal di rumah ataupun dia bekerja juga? Saya rasa, kalau anda adopt kuching di luar ataupun dari rescuer pun sangat bagus kerana mereka sangat comel dan juga macam kuching kuching lain, memiliki personality yang berbeza.

Kamu perlu memiliki cat litter, cat box , makanan kuching dan air. Vaksin dan dewrom juga perlu diberi dan sila neuter kalau tak mau anak kuching kerana anak kuching sudah sangat banyak di luar. Kamu boleh baca beberapa buku untuk melihati bagaimana nak jaga dengan baik. {happy}

haris 11-11-2013 02:33 AM

Re: ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu.
 
noted untuk bab peralatan dan keperluan kucing tu...{wink} wife saya pun kerja ... tq untuk bg pendapat tapi saya rasa lebih baik beli kucing dari adoption kucing ... sebab wife nak mcm tu. so jadi sebagai suami terpaksa la ikut .. bkn tak bg pendapat tp dia dah tak nak mcm tu.{cry}{cry}.. sebab dia nak cuba masuk pentandingan ... sebab wife saya nie memang peminat kucing teramat sgt... tp kita dua2 keja...itu sebab saya mohon mintak nasihat serta pendapat untuk saya membeli kucing yang boleh msk pertandingan kucing..saya hormati kepada yg sudi bg pendapat utk syaa adoption kucing.. tp seperti yg saya ckp tadi my wife tak nk... pening2...

tp jika ada lagi pendapat yg bernas saya mohon ilmu dan tunjuk ajar dari sifu2 dlm forum nie. mohon jasa baik ...

masih dalam delima lagi nie ...

nak memiliki kucing yg jenis mana...

Rayquaza17 11-11-2013 11:34 AM

Re: ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu.
 
Saya rasa kalau nak beli kuching, boleh. Tapi sila cari breeder yang responsible dan tanya nasihat dia. Breeder responsible pasti boleh bagi nasihat yang baik tapi mesti ingat kalau kuching yang baik, mestilah guna cost yang banyak ;)

haris 11-11-2013 06:56 PM

Re: ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu.
 
{wink}, noted thanks ray.. tp kan ada tak breeder yang boleh saya rujuk.... daripada kenalan ray sendiri... ataupun dlm laman web ke? Jika saya dan my wife berminat dgn kucing jenis long hair.... kucing jenis mcm ne ye patut saya cari? Boleh bg sedikit pendapat..

Rayquaza17 11-11-2013 08:25 PM

Re: ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu.
 
Hmm, Itu ialah pendapat sendiri. Apa kuching yang kamu sedang mau? Yang bagaimana? Kamu ada cukup facilities untuk kuching tu ke? Ada beberapa kuching kalau daripada responsible breeder, ada yang kena import dari luar negeri :O

ashlycat 11-12-2013 04:54 AM

Re: ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu.
 
nak masuk pertandingan kucing apa? CFA?
paling senang pergi pertandingan CFA kenal breeder, tengok kucing dia, jenis dan warna kucing yang dia breed, beli kucing balajar dari dia, kalau beli dari orang tak masuk pertandingan, nanti tak ada orang tanya.
Beli kucing besar yang breeder pernah masuk pertandingan pun boleh, biasa kucing dah mandul lebih murah.
kucing jenis apa? kamu boleh online belajar dulu, pure breed memang perangai tak sama, pilih jenis kucing, rupa kucing, dan warna kucing yang kamu suka, kena pilih yang kamu suka, bukan orang lain cakap jenis kucing apa bagus.

rowme 01-26-2014 12:43 AM

Re: ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu.
 
Salam... Saya ingin berkongsi ilmu berkaitan kucing yang berumur 1 minggu sehingga dewasa yang sesuai untuk semua.... Laman blog ini memberikan maklumat yang cukup berguna.
url :- http://kucingkecilsaya.blogspot.com/

rowme 01-26-2014 12:46 AM

Re: ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu.
 
Berikut adalah laman blog yang saya dapati memberikan maklumat yang cukup berguna untuk kita semua yang meminati kiucing... Harap maklumat ini dapat kita sebarkan terutama untuk mereka yang baru berjinak2 di dalam mengambil kucing sebagai haiwan peliharaan dan sebagai rakan serumah kita ;)

http://kucingkecilsaya.blogspot.com/

kapit937 06-15-2014 11:50 AM

Re: ingin memiliki 1st kucing mohon bagi nasihat dan ilmu.
 
Sekadar nasihat dari pengalaman, kalau rasa salah mohon rakan2 betul kan.

1. Nak bela kucing bagus, cuma fikir betul2, memang betul-betul nak? Kucing macam manusia, ada masa sangat bagus, playful, sihat. Ada masa moody, sakit (kena kurap, cirit birit dsb.). Jadi kena sanggup terima keadaan baik atau kurang.

2. Yang dah berkahwin, ada anak? Anak ada alergic/asthma? Sesetengah kanak2 alergik pada bulu kucing, boleh trigger asthma. Terutama kucing yang jenis shedding macam long hair/persian. Kalau ada baby, kena extra care sebab bayi boleh tersedut bulu kucing, or yg dah merangkak, takut dia kutip n makan kibbles or worse, litter sand or the litter itself!

3. Maintainance - kucing kampung mgkn jimat. Tp kalau kucing yg target utk pertandingan, maintainance boleh tahan. Makanan high quality, pastinya melibatkan kos. Supplement, medication, vaccination kena ambik kira dalam perbelanjaan bulanan/tahunan. Kucing kena mandikan, kena bersihkan telinga, litter box, tukar air, sikat bulu, bermain. Macam anak juga la. Kalau tak larat nak buat sendiri, kena hantar ke pet groomer, melibatkan kos juga. Our experience, RM100/bulan utk makanan, pasir. Kalau ada lebih bawak ke bulan berikutnya just in case kena pg Vet, vaccination etc.

4. Masa - nak balik kampung, pegi holiday. Selain dari prepare utk keluar, kena fikir utk management kucing. Bawak sekali? or boarding? Rumah kena rajin bersihkan sebab bulu kucing akan banyak di sofa (jenis kain) atau di sudut2 dinding. Kalau sofa jenis kain juga, kena pejam mata la kalau kucing jadikan ia tempat utk cakar. And kalau rumah yang bad ventilation, mungkin akan berbau (terutama kalau litter box jarang bersih atau litter sand yang low quality), kena ada air freshener, kena mop selalu.

Jadinya, think wisely. Kalau ready, go ahead. Banyak jg kucing yang asal for adoption, tp kalau properly maintain with tender loving care, can be a winning cat.

Family with a cat {happy}


All times are GMT +8. The time now is 08:39 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.