PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Health, Disease & Diet (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=26)
-   -   Kucingku lumpuh (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=4695)

juannasue 08-03-2010 09:38 PM

Kucingku lumpuh
 
Dua minggu lepas kucing jantan saya Neiyo tiba2 tak boleh bangun, saya ingat dia demam biasa aje tapi bila lihat dia buang air kecil sambil baring saya terus bawa dia jumpa vet. Tak tahu apa punca, nak kata dia panjat dan jatuh, Neiyo tak reti langsung panjat memanjat dia. Dia ni penakut dan selalu kena buli. Mungkin kucing saya yang lain panjat dan terjatuh atas Neiyo. Susah nak cakap sebab siang saya kerja jadi tak nampak apa yang berlaku. Dr.Teoh bagi pill untuk saraf dan tiap hari kena lakukan fisioterapi pada kaki Neiyo.

Nak teruskan rawatan, saya tak mampu sebab mahal (ada 12 ekor kucing lagi di rumah) Wheel chair kucing pun mahal kalau nak order dari USA jadi Neiyo hanya baring dan hanya makan dan minum bila saya ada di rumah.

Disertakan gambar dan link video Neiyo.. tolong sesama doa agar Neiyo sembuh, jika tidak pun doakan dia pergi tak seksa {sick}{cry}

Neiyo ketika baby
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-..._6270216_n.jpg

Neiyo 2 tahun
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-...267_2066_n.jpg

Neiyo di klinik

Neiyo with Lulu

Lulu love uncle Neiyo

Video terbaru (maaf vid agak blur sikit) Neiyo hanya mampu makan benda lembut dan terbaring sahaja. Tapi dia tetap dengan muka nyer yang manja dan nak tidor peluk .. {cry}{cry}

Good nite Neiyo

izwanbest 08-03-2010 09:55 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
sedey nyer... macam mana jadi macam tu.. takkan kucing lain jatuh atas badan dia pun leh lumpuh macam tu bahaya lah...
semoga neiyo tabah menghadapi dugaan yg di terima..

tediber 08-03-2010 10:14 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
Harap tahu puncanya dan dia akan sembuh. :(
Neiyo, semoga kamu kuat!

juannasue 08-03-2010 10:38 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
Dr kata klu tulang leh tau punca melalui x-ray tapi klu urat saraf tak nampak melainkan buat ct scan.. mana la mampu nak buat, mahal tu.

luvnett 08-03-2010 11:05 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
{cry}{cry}{cry}

Sedihnya.. Sy doakan semoga Neiyo akan pulih seperti sediakala.. Jgn putus harapan, semoga awak tabah menghadapi detik-detik sukar ini bersama Neiyo tersayang{victory}

juannasue 08-03-2010 11:13 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
thanks luvnett.. neiyo baru aje tidor ni, skrg nak g layan kucing2 yang lain pulak. Neiyo duk dlm my room, tak campur dah ngan yang lain.. kemungkinan besar separuh dari kucing tu nak hantar ke SPCA. Terpaksa demi nak kumpul duit untuk wheel chair / rawatan Neiyo.. sedih tapi nak buat macam mana.. kena berkorban la. {cry}

farahnm 08-03-2010 11:59 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
Juannasue,

Please jgn hantar ke SPCA.. kat sana dah padat ngan kucing-kucing.. opsyen terbaik adalah adverstise kucing2 tersebut untuk adoption.. gerenti ramai yang mau.. insya allah{cool}{victory}

juannasue 08-04-2010 12:23 AM

Re: Kucingku lumpuh
 
masalahnya kucing2 tu takut ngan org lain, sebab jarang jumpa org duk dlm umah aje sejak kutip diorang dari dalam kotak (org buang mak ngan baby tp time selamat mak dia lari dpt anak2 aje) tu yang serba salah tu.. rasanya klu nak buat untuk adoption yang jinak ngan orang hanya tiga ekor aje..

Sukee ( 8 bln) female
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-..._8132981_n.jpg

Keychone (8 bln) female
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-..._4387586_n.jpg

Sekor lagi tu jantan lom ambik pic dia lagi..

ini aje yg manja sgt ngan semua org yg lain tak, org dtg aje lari terus...

June 08-04-2010 10:39 AM

Kucingku lumpuh
 
Juanna, saya tumpang bersedih dgn keadaan kucing u. Tp jgn give up. Setiap penyakit ada ubatnya. Klu tak dpt cara modern kita cuba pula cara tradisional. The rest up to Allah to decide blh sembuh ke tak. Yg penting kita berusaha dan tak putus asa.

Pls chk out this thread I purposely buka utk share ilmu dgn kwn kwn.


http://forums.petfinder.my/showthread.php?t=4576

Kucing saya 2 tahun lalu patah kaki,pastu uraf saraf rosak dan dia tak blh lift ekor dia. Tak blh poo dan pee sendiri. Kena compress dan catherterize smp lah saya kasih dia mkn air gamat Healin dan massage dgn minyak gamat Healin.3 hari letak kat Pet Epicure (Alicia) utk Reiki. Lbh kurang 10 hari lepas tu dia blh berak/kencing dan jalan mcm biasa. Ikut kata Alicia, anjing kawan dia pernah lumpuh,massage dgn minyak gamat dan skrg dah blh jalan. Amik masa sedikit tp InsyaAllah boleh disembuhkan. Saya harap Juanna blh cuba. Tp ingat hanya brand HEALIN. Brand lain saya tak tau coz tak pernah cuba. Gamat HEALIN ni biasanya di jual di kiosk kiosk kecik kat mall mcm TESCO, Carrefour dll. Yg selalu ada jual barang barang kosmetik mcm Mustika Ratu, Sari Ayu dll.

Selamat mencuba.

Quote:

Originally Posted by juannasue (Post 86478)
Dua minggu lepas kucing jantan saya Neiyo tiba2 tak boleh bangun, saya ingat dia demam biasa aje tapi bila lihat dia buang air kecil sambil baring saya terus bawa dia jumpa vet. Tak tahu apa punca, nak kata dia panjat dan jatuh, Neiyo tak reti langsung panjat memanjat dia. Dia ni penakut dan selalu kena buli. Mungkin kucing saya yang lain panjat dan terjatuh atas Neiyo. Susah nak cakap sebab siang saya kerja jadi tak nampak apa yang berlaku. Dr.Teoh bagi pill untuk saraf dan tiap hari kena lakukan fisioterapi pada kaki Neiyo.

Nak teruskan rawatan, saya tak mampu sebab mahal (ada 12 ekor kucing lagi di rumah) Wheel chair kucing pun mahal kalau nak order dari USA jadi Neiyo hanya baring dan hanya makan dan minum bila saya ada di rumah.

Disertakan gambar dan link video Neiyo.. tolong sesama doa agar Neiyo sembuh, jika tidak pun doakan dia pergi tak seksa {sick}{cry}

Neiyo ketika baby
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-..._6270216_n.jpg

Neiyo 2 tahun
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-...267_2066_n.jpg

Neiyo di klinik

Neiyo with Lulu

Lulu love uncle Neiyo

Video terbaru (maaf vid agak blur sikit) Neiyo hanya mampu makan benda lembut dan terbaring sahaja. Tapi dia tetap dengan muka nyer yang manja dan nak tidor peluk .. {cry}{cry}

Good nite Neiyo


Nur_illiyana 08-04-2010 10:54 AM

Re: Kucingku lumpuh
 
Hi juannasue,

saya turun bersimpati dengan Neiyo..
kesian dia..
cubalah apa yg disarankan Kak June.. Sekurang-kurangnya awak berusaha cuba alternatif lain..

Pasal kucing awk yg lain2 tu, jangan la dihantar ke SPCA..
Put for adoption kt sini.. Insyallah akan ada yg sudi..
Biasala kucing takut orang, my cat sendiri pon takut ngn my hubby sebab dia jarang ada rumah.. tp lama2 diorg boleh sesuaikan diri dirumah baru..

Comel Sukee dan Keychone

Bouquet 08-04-2010 11:23 AM

Re: Kucingku lumpuh
 
Hi juannasue,

I'm having the same problem, kucing saya "baby" tak boleh nak bangun mcm lumpuh, kencing atas tilam, kita kena bersihkan.. sebelum dia teruk ada htr gi vet doctor kata tak ada ape ape.. dia lansung tak nak makan & minum then hanya baring..

Sedih sampai tak larat rasa nak jaga kadang kadang.. jaga dia yang 12 ekor lagie terabai. Last option ingat nak try Acupuncture.. Menurut kata Dr Chan/myanimalcare.org berkesan. per treatment dlm RM100+ the dlm 3 treatment can see the result..
give u the link :www.asiapaws.com

Yang penting kita tak boleh putus harapan..perlu cari alternative medication... Saya dah tak larat nak bawa gie vet sekali pergi tak kurang RM50 per treatment..haih walau pun stray cat doctor charge sama aje..

Sama samalah kita doa for Neiyo & my Baby untuk cepat sembuh.. tapi yang penting jangan putus harapan.

azieazlie 08-04-2010 11:25 AM

Re: Kucingku lumpuh
 
Quote:

Originally Posted by juannasue (Post 86488)
masalahnya kucing2 tu takut ngan org lain, sebab jarang jumpa org duk dlm umah aje sejak kutip diorang dari dalam kotak (org buang mak ngan baby tp time selamat mak dia lari dpt anak2 aje) tu yang serba salah tu.. rasanya klu nak buat untuk adoption yang jinak ngan orang hanya tiga ekor aje..

Sukee ( 8 bln) female
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-..._8132981_n.jpg

Keychone (8 bln) female
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-..._4387586_n.jpg

Sekor lagi tu jantan lom ambik pic dia lagi..

ini aje yg manja sgt ngan semua org yg lain tak, org dtg aje lari terus...

juannasue, hensemnya neiyo...kesiannya kalau dia lumpuh kekal, semoga neiyo akan semboh seperti sedia kala.. cubalah bagi ubat macam yang June beri dan sapu untuk kucingnya.. jangan putus asa, dan janganlah hantar kucing2 yang lain tu keSPCa, advertise lah untuk adoption.. akk percaya mesti ramai kawan2 dipetfinder nie yang berkenan dengan anak2 bulus juanna tu nanti... akk pun banyak jugak ambil stray cats yang takut dan menyingga bila nak dipegang, tapi.. lama2 ia akan manja juga dalam garang2 takut tu.... apa2 pun semoga neiyo akan semboh dan juannasue terus tabah menghadapi saat begini..

anjeain 08-04-2010 11:56 AM

Re: Kucingku lumpuh
 
salam.... sedihnye... semoga neiyo cepat sembuh dan kembali ceria seperti biasa. same 2 kita berdoa utknye. sy berharap sesangat juannasue tak hantar kucing yg lain ke SPCA. just advertise je semua tu for adoption mesti ade yang nak amik. itu lbh baik dari letak kat SPCA. baru2 amik mesti takut2 nanti lame2 ok ler dia. untuk juannasue juga sy doakan semoga tabah menghadapi dugaan dari yg maha esa. Amin.{cry}

juannasue 08-04-2010 02:26 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
hi.. ok nanti sue cari air gamat healin, berapa sukatan nak bagi Neiyo minum yea? sini ada the Store, rasanya ada jual situ..

June 08-04-2010 02:29 PM

Kucingku lumpuh
 
Jgn lupa minyak gamat HEALIN gak. kucing lumpuh perlu di massage utk stimulate saraf saraf yg dah tak berfungsi. Ikut sukatan utk children. Ada tulis kat kotak tu.

Quote:

Originally Posted by juannasue (Post 86512)
hi.. ok nanti sue cari air gamat healin, berapa sukatan nak bagi Neiyo minum yea? sini ada the Store, rasanya ada jual situ..


juannasue 08-04-2010 02:34 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
ok ptg lepas ni sue g cari.. tq tq {kiss}

azieazlie 08-04-2010 02:58 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
Quote:

Originally Posted by juannasue (Post 86514)
ok ptg lepas ni sue g cari.. tq tq {kiss}

semoga usaha ini akan berjaya, sue jangan berputus asa.. dan semoga neiyo semboh semula...

linda_gamble 08-04-2010 06:02 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
juanna
semoga kamu tabah yerk
kami semua disinie tak kan pernah putus asa menyokong kamu.
{cry2}{cry2}{cry2}

juannasue 08-04-2010 07:02 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
terima kasih sbb bg sokongan.. mmg dah hampir nak putus asa sgt.. nanti sue bagi update lagi pasal neiyo.{happy}

juannasue 08-05-2010 04:00 PM

Re: Kucingku lumpuh
 
setelah iklankan sukee dan keychone, ada yang berminat nak ambil dua2 ekor..alhamdulillah.. {happy}


All times are GMT +8. The time now is 01:50 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.