PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Cats & Kittens (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=25)
-   -   Tempat tinggal. (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=4611)

Eizam 07-16-2010 04:16 PM

Tempat tinggal.
 
Salam sejahtera...disini saya ingin bertanya.apakah jenis tempat tinggal bulus yang paling sesuai?(terutama untuk bulus berumur bawah stahun).adakah benar dgn cara melepaskn anak2 bulus di dalam rumah tanpa meletakkan mereka di dlm sangkar adalah cara yg terbaik untuk tumbesaran bulus2 tersebut?

mctabbywhite_exo 07-16-2010 05:08 PM

Re: Tempat tinggal.
 
Hi Eizam,

Kawasan dalam rumah (indoor) adalah tempar paling selamat untuk kucing anda sebab jika dibiarkan lepas bebas kat luar umah, bimbang kucing anda akan:

1) Dilanggar kereta
2) Dicuri {angry}
3) Dipukul {cry2}
4) Diganggu oleh binatang lain seperti anjing, etc.

Tp anda mestilah memastikan rumah anda adalah selamt dan 'mesra kucing' seperti mengenalpasti punca2 yg boleh menyebabkan sesuatu yg buruk berlaku pada kucing anda e.g kawasan balkoni rumah bertingkat boleh menyebabkan kucing jatuh.

Rumah anda juga perlu dilengkapkan dengan kemudahan asas kucing seperti litter tray, scratching post, etc... {happy}

Kucing indoor lebih jangka hayatnya berbanding jika dilepaskan bebas diluar umah.

Bg saya, kucing hanya akan dikurung dalam sangkar ketika kerja2 pembersihan bilik (mop lantai), retrain guna litter tray, train utk show, ketika sakit, untuk biasakan 2 ekor kucing yang baru. Bagi saya tak elok la kalau dibiarkan kucing tu lama2 dalam sangkar.


All times are GMT +8. The time now is 04:30 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.