PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Food & Recipes (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=49)
-   -   sambal tumis ikan bilis ku.. (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=3823)

suliana 12-24-2009 11:54 PM

sambal tumis ikan bilis ku..
 
http://photos-c.ak.fbcdn.net/hphotos..._2085074_n.jpg

ini salah satu lagi lauk pembuka selera... sajer sue kongsi kat sini memandang kan kategori ni senyap sikit hehehe.... ad just incase ader plak kengkawan forum lain yg ader minat sama mcm sue, memasak nih... kebanyakkan resipi sue ni tuk org2 berkerjaya dan sibuk, jadik masakan sue ni INSTANT! hehehe... {shy}{shy}

Bahan Masakkan:

Dua senduk cili boh (I always have mine home made seedless so less hot and i can use more for the sambal)
Dua sudu besar bawang merah dikisar(shallots paste)
1 biji bawang besar dihiris
Dua mangkuk ikan bilis yang telah dibersihkan
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara masakkan:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah bersama sebahagian hirisan bawang sehingga naik bau kemudian masukkan cili boh tadi. tumis lagi sehingga garing dan pecah minyak. perasakan bahan tumisan dengan garam, gula dan serbuk perasa(hati-hati kerana ikan bilis adalah sedikit masin). Masukkan ikan bilis bersama sedikit air asam jawa. sekiranyer sambal terlalu kering tambahkan sedikit air panas. setelah mendidih dan masak tutupkan api dan hidang semasa masih panas...

makan ngan roti kosong pun sedap!{victory}{victory}

Ekien Ashikin 12-25-2009 12:14 AM

Re: sambal tumis ikan bilis ku..
 
ni godaan hari seterusnya...{shy}{shy}
terbayang ubi rebus... sedapnye mkn dgn smbal tumis nie...{high}{high}

suliana 12-25-2009 12:58 AM

Re: sambal tumis ikan bilis ku..
 
Quote:

Originally Posted by Ekien Ashikin (Post 73694)
ni godaan hari seterusnya...{shy}{shy}
terbayang ubi rebus... sedapnye mkn dgn smbal tumis nie...{high}{high}

hallamak, betul jugak la ubi rebus tuh!!!{high}{high}

nurkasih 12-25-2009 01:03 AM

Re: sambal tumis ikan bilis ku..
 
{mdribble} IShk Sue nieh... t sayer kidnapped baru tau..letak resepi plus gambar yang sedap...

buat jadik tukang masak kat umah{mevil}

Ekien Ashikin 12-25-2009 02:13 PM

Re: sambal tumis ikan bilis ku..
 
Quote:

Originally Posted by nurkasih (Post 73697)
{mdribble} IShk Sue nieh... t sayer kidnapped baru tau..letak resepi plus gambar yang sedap...

buat jadik tukang masak kat umah{mevil}

nur... kite gilir2 leh x... x tahan tgk resepi sue nie... x lapo pun jadik lapo taw..{shy}{shy}

suliana 12-25-2009 02:22 PM

Re: sambal tumis ikan bilis ku..
 
{ohmygod} nak kena kidnap ker??? {shy}{shy} siap nak gilir2 suh sue masak??? huhuhuhu... cuba la recipe tu pasti menjadik {good}{good}

Suhaimy 12-26-2009 04:13 AM

Re: sambal tumis ikan bilis ku..
 
Huh! Teringat mak kat kg tgk sambal ikan bilis tu. Dulu selalu la masuk dapur tlg mak masak. Almaklum la anak sulung & adik beradik semuanya hero2. Jd sy la kakak diorg. Huhu! Bila tgk sambal tu, teringin pulak nak buat nasi lemak dgn puyuh goreng. Eee! Tiba2 je rasa nak tunjuk bakat ni {shy}

suliana 12-26-2009 09:53 PM

Re: sambal tumis ikan bilis ku..
 
Quote:

Originally Posted by Suhaimy (Post 73766)
Huh! Teringat mak kat kg tgk sambal ikan bilis tu. Dulu selalu la masuk dapur tlg mak masak. Almaklum la anak sulung & adik beradik semuanya hero2. Jd sy la kakak diorg. Huhu! Bila tgk sambal tu, teringin pulak nak buat nasi lemak dgn puyuh goreng. Eee! Tiba2 je rasa nak tunjuk bakat ni {shy}


{ohmygod}{ohmygod} nasi lemak ngan puyuh goreng! PENGSAN!

Suhaimy 12-26-2009 11:39 PM

Re: sambal tumis ikan bilis ku..
 
Quote:

Originally Posted by suliana (Post 73795)
{ohmygod}{ohmygod} nasi lemak ngan puyuh goreng! PENGSAN!

Hihi! {shy}. Belum cerita nasi dagang dgn puyuh goreng berempah tu. Sedap {good}

suliana 07-10-2010 08:35 PM

Re: sambal tumis ikan bilis ku..
 
Quote:

Originally Posted by Suhaimy (Post 73801)
Hihi! {shy}. Belum cerita nasi dagang dgn puyuh goreng berempah tu. Sedap {good}

{high} adoi.. cerita lah sikit.. err.. masakan rumah ke beli? kalau beli kat maner ek?{shy}


All times are GMT +8. The time now is 11:03 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.