PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Health, Disease & Diet (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=26)
-   -   Berhati-hati dengan cakaran kucing liar. ia mungkin membawa penyakit (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=8186)

hafeez hashim 05-20-2015 03:42 PM

Berhati-hati dengan cakaran kucing liar. ia mungkin membawa penyakit
 
CEDERA AKIBAT DICAKAR KUCING LIAR,SEORANG IBU KECEWA DAN GESA PBT AMBIL TINDAKAN.


http://http://www.rahsiakucingcomel....mbil-tindakan/


Kucing liar cederakan anak



BAGAN – Seorang ibu gusar mengenai masalah kucing liar yang didakwa telah mencederakan anak perempuannya, Sarah Sofia Saad, 10, di Kampung Permatang Manggis di sini, semalam.



Zaiwayah Jiwa, 46, berkata, masalah kucing liar ini sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) namun belum mendapat maklum balas setakat ini


“Anak saya cedera akibat dicakar kucing terbabit dan saya rasa pihak yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan tegas mengenai isu ini.


“Rumah saya yang terletak berhampiran Pasar Awam Kepala Batas, seolah-olah menjadi tempat individu tidak bertanggungjawab membuang kucing dan hal itu memberi kesan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Sinar Harian.


Mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu, Zaiwayah berkata, ketika kejadian dia pergi menunaikan solat Aidiladha.


“Waktu tu, abangnya balik, dia lihat Sarah Sofia menangis teresak-esak akibat dicakar kucing, nasib baik lukanya tidak terlalu dalam sebab risau kesan jangkitan kumannya nanti berbahaya kepada anak saya ini.


“Anak sulung saya segera menghalau kucing yang mencakar adiknya itu, malangnya dua tiga hari saja kucing tersebut hilang, lepas itu datang semula,” katanya.


Menurutnya, kebanyakan kucing yang berkeliaran di situ berpenyakit, ibu mentua yang tinggal bersamanya turut batuk, didakwa kesan alahan dari haiwan itu.


“Ada juga kucing yang mati, baunya teramat busuk sampai nak makan pun saya tak berselera,” katanya.


Zaiwayah berharap, pihak PBT lihat sendiri keadaan yang berlaku ini seterusnya mengambil tindakan yang wajar.

sumber : sinar harian

Ebook rahsia kucing comel {wink}


All times are GMT +8. The time now is 02:42 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.