PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Cats & Kittens (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=25)
-   -   kucing selseme teruk..help me:( (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=3426)

ayumisha 11-18-2009 11:49 AM

kucing selseme teruk..help me:(
 
4 Attachment(s)
ari semalam ayu jumpa sekor kucing DLH merayau2 bawah blok ayu.. pelik gak nape la DLH pun ade org buang, maybe die sesat kot.. ayu dtg dekat, n ayu tkejut sgt tgk keadaan kucing tu.. die kene selsema yang agak truk smpai kan hingus bsepah2 kat muka bwarne kuning.. dengan bulu nye di potong sane sini.. sedeynye, rase nak nangis pun ade.. ayu amek travel cage, msukkan die n trus bawak jumpa vet.. ayu tggalkan kejap kat klinik sbb masih office hour, n ptg tu waktu nak amek die, doc bgtau die kene flu yang truk, kutu yang banyak n sebatang gigi pun takde.. doc ckp umur kucing tu dlm 5-6 tahun.. sedeynyee.. doc ade bekalkan bebarape ubat selseme, antibiotik, vitamin c n supplement utk kurangkan selseme die.. doc pesan kucing tu takleh bcampur ngan kucing2 len sbb selsema tu cpt je bjangkit klu kcing tu bersin. so ayu terpaksa pinjam rumah kawan ayu, n kosongkan bilik die utk letak kucing tu smpai selsema kucing tu hilang.. thnx irman..

now ayu nak tya beberape soalan klu membe2 forum dpt tlg

1) selain dr ubat, ade care lain tak utk cpt sembuhakan selsema die?
2) gigi kucing tu boleh tumbuh balik tak kalau die sihat nti? ksian die nak makan pun susah..:(

FurKids 11-18-2009 12:29 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Perkara yg diperhatikan:

1) 5-6 years bermakna approaching lingkungan senior cat.

2) hingus bsepah2 kat muka bwarne kuning: Vet ada bagi maklum balas kepada Ayumisha berkenaan keadaan dada kucing tak? Samada paru-paru dia sudah mula ada berair tak (risiko menghidapi pneumonia membawa maut) atau pun sudah serious? Antibiotic berlainan jika serious. Beucolytic akan diberi utk pecahkan mucus utk senang keluar.

Selsema disebabkan oleh virus, tiada ubat utk virus kecuali suntikan. Tapi ubat antibiotik diberi utk membunuh bakteria yg sempat masuk ke dalam badan menyebabkan secondary infection dalam dada. Ubat antibiotic nama apa yang diberikan? Berapa lama? Sila patuh arahan pemakanan antibiotik dengan baik bagi mengurangkan kecederaan terhadap paru-paru yg tidak mungkin sembuh kembali kalau telah dirosakkan oleh selsema kerana isipadu udara yg disedutkan melalui paru-paru akan dikurangkan akibat kecederaan ini dan kucing akan mudah lelah di kemudian hari.

FurKids 11-18-2009 12:36 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Pastikan badan kucing tidak kesejukan selalu dan JANGAN mandikannya walaupun kotor. Jika perlu, lapkan dengan tuala kecil yg dibasahkan sedikit dengan air panas.

Pastikan tempat kucing tiada kena angin yg boleh buat dia kesejukkan. Satu cara senang bagi memastikan kawasan kucing tidak kesejukan adalah dengan membekalkan banyak surat khabar atau cardboard di lantai. Tapi kalo basah, tukar serta merta.

Kalo boleh, kasi dia makan Hill's A/D bagi membekalkan badan dia dengan khasiat yg lebih, beli dari klinik.

ayumisha 11-18-2009 12:38 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Quote:

Originally Posted by FurKids (Post 68259)

tq furkids.. doc takde ckp ape2 psl keadaan dada or paru2 or ape2 yang serius.. die cume ckp kne virus flu je, n die bg injection serta beberapa ubat flu n supplement.. ayu tak tya lak name antibiotik tu, cme die ckp kene habiskan dlm mase 15 hari. antibiotik tu warne hijau.. nway,thx so much 4 ur info.. nti ayu akan tya doc dgn lebih jelas name ubat2 yang doc bekalkan...thnx again..{happy}

ayumisha 11-18-2009 12:41 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Quote:

Originally Posted by FurKids (Post 68263)
Pastikan badan kucing tidak kesejukan selalu dan JANGAN mandikannya walaupun kotor. Jika perlu, lapkan dengan tuala kecil yg dibasahkan sedikit dengan air panas.

Pastikan tempat kucing tiada kena angin yg boleh buat dia kesejukkan. Satu cara senang bagi memastikan kawasan kucing tidak kesejukan adalah dengan membekalkan banyak surat khabar atau cardboard di lantai. Tapi kalo basah, tukar serta merta.

Kalo boleh, kasi dia makan Hill's A/D bagi membekalkan badan dia dengan khasiat yg lebih, beli dari klinik.

utk makanan die plak, furkid leh suggestkan tak? die da takde gigi, n taring die da reput separuh.. skrg ayu bg die wet food jenama smart heart je..

moggies 11-18-2009 12:54 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
hi,

kesian nyer kucing tu. bukannyer tua sgt dah jadi mcm tu.

i think the main priority is to cure his flu first coz kalau dia still ada flu, susah nak treat dia for his other problems. good that you have a friend yg sanggup tumpangkan bilik. first, just make sure the room is warm. jgn pasang kipas, just bagi fresh air dari tingkap jer. bersihkan hidung dia selalu, takut kang kalau dah berkerak2 nanti melekat, jadi skin infection pulak. bersih kan hidung dia guna kapas or towel bersih dgn air suam buh garam sikit.
kalau dah flu, mesti hidung dia tersumbat, and kalau dah tersumbat, nanti dia takde selera makan, lagi teruk sakit. nak clear hidung tersumbat tu, letak minyak kayu putih sikit atas kain bersih and tekap kat hidung dia sekejap. kalau tak, ada ubat sapu brand canisep. byk guna ubat ni, untuk sinus, fungus and antiseptik. and ubat ni berangin sikit. sapu sikit kat hidung dia.
badan dia kena bersihkan jugak pasal virus flu tu blh melekat kat badan dia. campur air suam ngan apple cider vinegar (cuka apple) sikit, rendam towel dlm air suam bercuka tu, perah sampai air tak menitik kat towel, then lap badan dia. apple cider vinegar berguna jugak nak bunuh fungus & kotoran kat badan dia tu.
you might need to forcefeed him water and food pasal kucing kalau dah deria bau takde, mesti dia tak selera makan. make sure dia minum air. kalau tak, nanti dia dehydrated. to be sure, u force feed air guna syringe bersih ikut timing. makanan pun sama. bagi dia makanan yg bau kuat sikit mcm wet food or ayam rebus. air rebusan ayam (kosong takde garam) tu elok kalau u bagi dia minum sikit.

hope this will help. kesian dia.

moggies 11-18-2009 12:58 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Quote:

Originally Posted by FurKids (Post 68263)
Pastikan badan kucing tidak kesejukan selalu dan JANGAN mandikannya walaupun kotor. Jika perlu, lapkan dengan tuala kecil yg dibasahkan sedikit dengan air panas.

Pastikan tempat kucing tiada kena angin yg boleh buat dia kesejukkan. Satu cara senang bagi memastikan kawasan kucing tidak kesejukan adalah dengan membekalkan banyak surat khabar atau cardboard di lantai. Tapi kalo basah, tukar serta merta.

Kalo boleh, kasi dia makan Hill's A/D bagi membekalkan badan dia dengan khasiat yg lebih, beli dari klinik.

yes, agree. ad diet tu sesuai untuk kucing yg tak sihat. be warned though, agak mahal compare ngan makanan biasa. abt rm6 satu tin kecik. tapi mmg elok la. beli jer kat vet mana2.

ayumisha 11-18-2009 01:03 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Quote:

Originally Posted by moggies (Post 68273)
hi,

kesian nyer kucing tu. bukannyer tua sgt dah jadi mcm tu.

i think the main priority is to cure his flu first coz kalau dia still ada flu, susah nak treat dia for his other problems. good that you have a friend yg sanggup tumpangkan bilik. first, just make sure the room is warm. jgn pasang kipas, just bagi fresh air dari tingkap jer. bersihkan hidung dia selalu, takut kang kalau dah berkerak2 nanti melekat, jadi skin infection pulak. bersih kan hidung dia guna kapas or towel bersih dgn air suam buh garam sikit.
kalau dah flu, mesti hidung dia tersumbat, and kalau dah tersumbat, nanti dia takde selera makan, lagi teruk sakit. nak clear hidung tersumbat tu, letak minyak kayu putih sikit atas kain bersih and tekap kat hidung dia sekejap. kalau tak, ada ubat sapu brand canisep. byk guna ubat ni, untuk sinus, fungus and antiseptik. and ubat ni berangin sikit. sapu sikit kat hidung dia.
badan dia kena bersihkan jugak pasal virus flu tu blh melekat kat badan dia. campur air suam ngan apple cider vinegar (cuka apple) sikit, rendam towel dlm air suam bercuka tu, perah sampai air tak menitik kat towel, then lap badan dia. apple cider vinegar berguna jugak nak bunuh fungus & kotoran kat badan dia tu.
you might need to forcefeed him water and food pasal kucing kalau dah deria bau takde, mesti dia tak selera makan. make sure dia minum air. kalau tak, nanti dia dehydrated. to be sure, u force feed air guna syringe bersih ikut timing. makanan pun sama. bagi dia makanan yg bau kuat sikit mcm wet food or ayam rebus. air rebusan ayam (kosong takde garam) tu elok kalau u bagi dia minum sikit.

hope this will help. kesian dia.

tq moggies.. weekend ni ayu akan wat ape yg moggies suggestkan..thnx sgt..so far die makan ok, kebulur sgt die.. ntah da bape lame tak makan.. ksian btul tgk.. minum pun ok.. tp kene tgk2 jugak, takot die makan byk, minum kurang... minggu ni nak cuci muke die,hidung die sume.. cume ayu takot time die bersin, abeh 1 badan ayu.. kucing punye flu leh bjngkit kat mnusia tak??

ayumisha 11-18-2009 01:04 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Quote:

Originally Posted by moggies (Post 68275)
yes, agree. ad diet tu sesuai untuk kucing yg tak sihat. be warned though, agak mahal compare ngan makanan biasa. abt rm6 satu tin kecik. tapi mmg elok la. beli jer kat vet mana2.

ok..ayu cube cri.. takpe, ayu share segala perbelanjaan die ngan twin ayu n kwn ayu yg tmpangkan rumah tu..{happy}

moggies 11-18-2009 01:18 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
hi ayu,

cat flu patutnye tak boleh berjangkit kat manusia but u never know kan. baru bace paper hari tu kate pets pun blh kena h1n1. {scared}
tapi viris flu ni blh berjangkit kat kucing2 lain. so jgn ambil risiko. kalau nak main ngan kucing2 u yg lain after pegang kucing sakit tu, make sure u tukar baju dulu, basuh bahagian bdn you yg kena contact ngan kucing sakit tu. virus flu ni blh je melekat kat kain baju, kulit etc. prevention is better than cure org kate. so better be extra careful la.

ayumisha 11-18-2009 01:22 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Quote:

Originally Posted by moggies (Post 68281)
hi ayu,

cat flu patutnye tak boleh berjangkit kat manusia but u never know kan. baru bace paper hari tu kate pets pun blh kena h1n1. {scared}
tapi viris flu ni blh berjangkit kat kucing2 lain. so jgn ambil risiko. kalau nak main ngan kucing2 u yg lain after pegang kucing sakit tu, make sure u tukar baju dulu, basuh bahagian bdn you yg kena contact ngan kucing sakit tu. virus flu ni blh je melekat kat kain baju, kulit etc. prevention is better than cure org kate. so better be extra careful la.

takotnyee... ok2, ayu akan bhati2 kalau nak men ngan anak2 bulu ayu..{scared} cptla sembuh kucing ni...{sweat}

FurKids 11-18-2009 01:40 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Quote:

Originally Posted by ayumisha (Post 68276)
.. kucing punye flu leh bjngkit kat mnusia tak??

Kucing punya flu mengikut kajian tak boleh jangkit kepada manusia dan belum ada kes yang jangkit kepada manusia.

Meskipun mengikut kajian, manusia punya flu juga tak boleh transfer kepada kucing tetapi kebelakangan ini ada terjumpa isolated kes di mana H1N1 telah dilaporkan dijangkit dari manusia kepada kucing. Tiada kes dilaporkan H1N1 dijangkit daripada kucing ke manusia.

Walaubagaimanapun, kita harus sentiasa berhati-hati dengan penyakit jenis virus kerana virus ada mempunyai potensi mutate.

ayumisha 11-18-2009 01:48 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
kalau bjangkit kat ayu skali pun, ayu tak kisah.. antibodi kite kuat..cume yang ayu risau sgt skrg bjgkit kat anak2 bulu ayu.. risaunye bile pk kan balik...{scared}{sweat}

FurKids 11-18-2009 01:59 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Kalau betul cermat dan amalkan kebersihan, tak akan jangkit.

Tetapi kalau lalai, MESTI jangkit, dan kalau kena kitten kecik, boleh bawa maut.

ayumisha 11-18-2009 02:02 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Quote:

Originally Posted by FurKids (Post 68291)
Kalau betul cermat dan amalkan kebersihan, tak akan jangkit.

Tetapi kalau lalai, MESTI jangkit, dan kalau kena kitten kecik, boleh bawa maut.

owh,yeke..huu,mkin takot dibuatnye.. ayu da la ade sekor kitten 2 bulan..{scared} camne eh? takotnyeee...{cry}{cry}

moggies 11-18-2009 02:37 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
hi ayu,

your kittens tak duduk sekali dengan kucing sakit tu, kan? kalau yer, then it should be ok. just take precaution. cuci tangan dgn anti-bacterial soap and tukar baju sebelum u handle your kittens. and bilik kucing sakit tu pulak, masa bersihkan tu, mop sekali dgn air panas campur bleach, ratio 1:32. satu bahagian bleach ngan 32 bahagian air, untuk bunuh virus flu kucing yg melekat kat lantai. apa2 towel yg you guna untuk bersihkan kucing sakit ni, jgn share dgn kucing2 yg lain. sabun biasa tak blh bunuh virus flu ni. kena guna bleach jugak.

good luck eh!

ayumisha 11-18-2009 02:51 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Quote:

Originally Posted by moggies (Post 68302)

haah,tak duk skali..kucing tu duk umah len,tp ayu takot cuai n myebabkan dorg sakit jugak..nway,thnx.. ayu akan lebih bhati2...{good}

FurKids 11-18-2009 03:13 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Quote:

Originally Posted by moggies (Post 68302)
hi ayu,

your kittens tak duduk sekali dengan kucing sakit tu, kan? kalau yer, then it should be ok. just take precaution. cuci tangan dgn anti-bacterial soap and tukar baju sebelum u handle your kittens. and bilik kucing sakit tu pulak, masa bersihkan tu, mop sekali dgn air panas campur bleach, ratio 1:32. satu bahagian bleach ngan 32 bahagian air, untuk bunuh virus flu kucing yg melekat kat lantai. apa2 towel yg you guna untuk bersihkan kucing sakit ni, jgn share dgn kucing2 yg lain. sabun biasa tak blh bunuh virus flu ni. kena guna bleach jugak.

good luck eh!

Right on, Yanty/Rudy .... pastu, Ayumisha, lepas mop dengan cairan bleach/dettol tu, jangan lupa mop sekali (elok dua kali) lagi dengan air bersih yg tidak mengandungi bleach/dettol bagi menghilangkan sebarang kesan bleach/dettol sebab kimia ini amat racun utk kucing yg akan menjilat membersihkan bulu dan juga tapak kakinya selalu, takut ada yg melekat pastu kucing jilat telan racun tu dan rosak liver dan kidney dia.

ayumisha 11-18-2009 03:51 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
ok...fk n moggies..thnx a lot.. ayu akan take note sume n cube wat yg tbaek utk kucing tu...thnx again..{happy}{good}

beben&gegurl 11-18-2009 06:44 PM

Re: kucing selseme teruk..help me:(
 
Kesiannyer dia... sampai hati manusia buat mcm tu.... bawak lah gi vet yg berhampiran...

All times are GMT +8. The time now is 09:28 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.