PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Vets & Docs Reviews (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=46)
-   -   Tolong Telinga Cheezy Ada Darah (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=5746)

YanAlberto 05-28-2011 09:51 AM

Tolong Telinga Cheezy Ada Darah
 
Nak tanya lah, saya ada problem dengan Cheezy ni, kelmarin masa saya nak bersihkan telinga nampak ada darah kat dua2 telinga, lepas tu saya bersihkan dan nampak ada garisan luka, saya agak mungkin dia terluka masa dia menggaru telinga dia, saya letak minyak gamat kat luka dia tapi boleh ke?
Lagi satukan saya perasan Cheezy selalu menggaru telinga dia tapi bila saya tengok takde pulak kutu ke apa ke semua bersih, kalau time dia menggaru tu macam nak tercabut telinga dia saya tengok nampak macam kuat n laju je dia menggaru.

Masalah lg satu tadi malam saya perasan lagi telinga Cheezy ada keluar macam cecair hitam...saya x tahu la itu darah ke atau tahi telinga dia tapi sejam lepas saya bersihkan cecair tu keluar lagi...cecair apa tu...?????

Felix The Cat 05-28-2011 10:47 AM

Re: Tolong Telinga Cheezy Ada Darah
 
Quote:

Originally Posted by YanAlberto (Post 95903)
Nak tanya lah, saya ada problem dengan Cheezy ni, kelmarin masa saya nak bersihkan telinga nampak ada darah kat dua2 telinga, lepas tu saya bersihkan dan nampak ada garisan luka, saya agak mungkin dia terluka masa dia menggaru telinga dia, saya letak minyak gamat kat luka dia tapi boleh ke?
Lagi satukan saya perasan Cheezy selalu menggaru telinga dia tapi bila saya tengok takde pulak kutu ke apa ke semua bersih, kalau time dia menggaru tu macam nak tercabut telinga dia saya tengok nampak macam kuat n laju je dia menggaru.

Masalah lg satu tadi malam saya perasan lagi telinga Cheezy ada keluar macam cecair hitam...saya x tahu la itu darah ke atau tahi telinga dia tapi sejam lepas saya bersihkan cecair tu keluar lagi...cecair apa tu...?????

Salam Yan,

Kalo ada luka lagi elok letak minyak gamat sebab minyak gamat dah ternyata menyembuhkan luka luka di badan manusia maupun badan binatang. {good}

Bila letak minyak gamat kat telinga Cheezy tu pastikan tak ada minyak yang masuk kat dalam telinga ye. Just sapu minyak kat jari dan lap lap kat luka tu.

Nurul rasa, telinga Cheezy tu ada 'ear mites' tu yang menggaru ngan lajunya.

Tanda tanda kucing ada 'ear-mites' :-

1) Bila dah bersihkan telinga kucing hari nie, sok akan kotor balik.
2) Tahi telinga banyak dan berwarna hitam pekat atau coklat pekat. Ni adalah disebabkan 'ear mites' tu mengorek ke dalam telinga dan bila mereka korek mereka akan tolak tahi telinga tu kuar tu yang telinga kucing tu akan banyak tahi telinga.

Cara untuk menghapuskan 'ear mites' :-

1) Cuci telinga kucing. Buangkan segala kotoran dari telinga. Masa cuci hati hati supaya tak korek dalam dalam.
2) Lepas bersihkan telinga kucing, letak dua atau tiga titik 'Troy Cranker Ear Drops', Ilium, Surolan atau Earrific (nama jenama ubat untuk earmites. Boleh beli mana mana sebab semua pun untuk earmites. Tapi yang effective Troy la) ke dalam telinga kucing. Lepas tu usap usap kat bawah telinga kucing tu supaya ubat tu meresap ke dalam. Amalkan dua kali sehari (pagi dan petang). Ear mites akan hilang dalam masa 3 hari je {victory}

Selamat mencuba.

YanAlberto 05-28-2011 10:57 AM

Re: Tolong Telinga Cheezy Ada Darah
 
Quote:

Originally Posted by Felix The Cat (Post 95906)

Salam untuk K.Nurul,
Betul la kak tanda2 tu semua ada kat Cheezy so saya boleh buat sendiri la kat rumah x payah hantar kat vet. Okay nanti saya beli ubat tu. Terima kasih banyak2 k.nurul atas tip2 n nasihat akak. Saya baru je plan nak gi vet jap lagi tp klu boleh buat sendiri rasanya x payah pegi kot. thanks again.

YanAlberto 05-28-2011 01:04 PM

Re: Tolong Telinga Cheezy Ada Darah
 
2 Attachment(s)
Saya baru balik dari vet, x puas hati nak tengok apa kat dalam telinga cheezy, terperanjat saya tengok banyak nya ear mites..

bobcatJB 05-28-2011 01:12 PM

Re: Tolong Telinga Cheezy Ada Darah
 
kucen saya ada sekor cam tuh....tapi susah betul nak bersih kan telingan dia..ada beli eardrop pon..susah tol..siap meronta2 x nak ubat....ubat tu berapa harga dia ye??

YanAlberto 05-28-2011 01:19 PM

Re: Tolong Telinga Cheezy Ada Darah
 
Quote:

Originally Posted by bobcatJB (Post 95910)
kucen saya ada sekor cam tuh....tapi susah betul nak bersih kan telingan dia..ada beli eardrop pon..susah tol..siap meronta2 x nak ubat....ubat tu berapa harga dia ye??

Bob yan ada tulis kat johorean pf..

hanissyazwan 06-23-2011 05:16 AM

Re: Tolong Telinga Cheezy Ada Darah
 
Quote:

Originally Posted by bobcatJB (Post 95910)
kucen saya ada sekor cam tuh....tapi susah betul nak bersih kan telingan dia..ada beli eardrop pon..susah tol..siap meronta2 x nak ubat....ubat tu berapa harga dia ye??

sy baru seminggu beli troy ear mites ..ubat tu dalam rm25

troy ear cranker

michiko.lucy 05-28-2012 02:14 PM

Re: Tolong Telinga Cheezy Ada Darah
 
murahnyee!! kat mane hanis beli?

All times are GMT +8. The time now is 03:36 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.