PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Cats & Kittens (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=25)
-   -   menghilangkan bau najis kucing (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=3379)

nazamohd 11-12-2009 01:24 PM

menghilangkan bau najis kucing
 
Produk Untuk Menghilangkan Bau Najis Kucing

Diformulasi dari teknologi Jepun berkonsepkan bakteria baik melawan bakteria jahat.

Produk yang yang paling berkesan menyahbau najis dan menjadikan kucing bertambah sihat.
Hasil daripada Penggunaan CBH

Anda akan dapat melihat hasilnya dalam satu hari sahaja selepas penggunaan CBH.

Najis kucing anda tidak akan mengeluarkan bau yang kuat.

Kucing anda akan bertambah sihat dan cergas

Bulu Kucing anda akan menjadi lebih cantik dan kembang.
Kesan taik mata kucing akan jauh berkurang, tanda kucing anda bertambah sihat.


Harga RM20 / 150ml


Kos penghantaran:

1 botol ~ RM6

5 botol ~ RM10

10botol ~ RM20

untuk pertanyaan sila hubungi...
012-3211107 naza
product ni saya dah cuba sendiri mmg hilang bau najis kucing dalam 80%..

rock 11-12-2009 01:31 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
kena letak dlm makanan kucing ke?

nazamohd 11-12-2009 01:33 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by rock (Post 67243)
kena letak dlm makanan kucing ke?

letak dalam air minuman dia.. mmg berkesan sbb saya dah cuba product ni

FurKids 11-12-2009 01:33 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Naza, semua produk mesti disebut ingredients dengan terang dan terperinci bagi membolehkan konsumer buat keputusan yg terbaik .... {wink}

shareena 11-12-2009 01:36 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
nak tgk pic produk tu boleh??{happy}{happy}

nazamohd 11-12-2009 01:37 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by FurKids (Post 67246)
Naza, semua produk mesti disebut ingredients dengan terang dan terperinci bagi membolehkan konsumer buat keputusan yg terbaik .... {wink}

ye ke.. tapi produk ni saya dah cuba sendiri... alhamdulillah ok...

shareena 11-12-2009 01:45 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by nazamohd (Post 67249)
ye ke.. tapi produk ni saya dah cuba sendiri... alhamdulillah ok...

saye cam berminat..tapi klu boleh akak letak picture..n tulis ingredients die..mesti ade tulis kat belakang product tu kan..{victory}{victory}

Fareen 11-12-2009 01:47 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by nazamohd (Post 67249)
ye ke.. tapi produk ni saya dah cuba sendiri... alhamdulillah ok...

Tapi awak tolong listkan ingredients dia ye. Kadang2 kita nampak okay, tapi tak sure long term effects....

wawa 11-12-2009 01:47 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by nazamohd (Post 67249)
ye ke.. tapi produk ni saya dah cuba sendiri... alhamdulillah ok...

maksud furkids bkn nk ckp berkesan ke x. tp tuk semua menilai ats pndangan sendiri. mcm kite beli susu ank kt kedai,of course kt tgk ingrediant die,seperti yg dimahukan or not,or ade sesuatu yg xbagus tuk anak kite. tue je. lgpun kt lua kn byk produk,mybe can help we to make a good decision before used it {victory}

FurKids 11-12-2009 01:52 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by nazamohd (Post 67249)
ye ke.. tapi produk ni saya dah cuba sendiri... alhamdulillah ok...

Naza, tak kira kalau Naza dah cuba ke tidak, kita buat keputusan berlainan dengan pengetahuan bahawa setengah racun tidak bertindak serta merta utk bunuh kucing, ada yg merosakkan liver, jantung, saraf dan kidney secara beransuran dan tidak nampak symptom dalam hari, minggu tetapi beberapa bulan kemudian dan kerosakan terhadap organ tidak jenis re-generatif.

Sori, Naza, ramai antara kita tak buat keputusan menggunakan sesuatu produk tanpa mengetahui atau menyemak bahan yg digunakan baik utk sendiri atau kucing kesayangan kita sebab kesihatan dan tanggungan diri dan kucing kita adalah di tangan kita dan perlu membuat keputusan dan pembelian yg bijak dalam zaman sekarang.

nazamohd 11-12-2009 01:52 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by shareena (Post 67252)
saye cam berminat..tapi klu boleh akak letak picture..n tulis ingredients die..mesti ade tulis kat belakang product tu kan..{victory}{victory}

mcmana saya nk letak pic dlm ni ye... sy minta mmaf tak berapa pandai...

nazamohd 11-12-2009 01:54 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by FurKids (Post 67259)
Naza, tak kira kalau Naza dah cuba ke tidak, kita buat keputusan berlainan dengan pengetahuan bahawa setengah racun tidak bertindak serta merta utk bunuh kucing, ada yg merosakkan liver, jantung, saraf dan kidney secara beransuran dan tidak nampak symptom dalam hari, minggu tetapi beberapa bulan kemudian dan kerosakan terhadap organ tidak jenis re-generatif.

Sori, Naza, ramai antara kita tak buat keputusan menggunakan sesuatu produk tanpa mengetahui atau menyemak bahan yg digunakan baik utk sendiri atau kucing kesayangan kita sebab kesihatan dan tanggungan diri dan kucing kita adalah di tangan kita dan perlu membuat keputusan dan pembelian yg bijak dalam zaman sekarang.

saya sokong juga tu... tapi terpulang pada masing-masing.. thanks pendapat tu..

shareena 11-12-2009 01:56 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by nazamohd (Post 67260)
mcmana saya nk letak pic dlm ni ye... sy minta mmaf tak berapa pandai...

kat bawah tu..klik manage attachment...

nazamohd 11-12-2009 02:09 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by wawa (Post 67255)
maksud furkids bkn nk ckp berkesan ke x. tp tuk semua menilai ats pndangan sendiri. mcm kite beli susu ank kt kedai,of course kt tgk ingrediant die,seperti yg dimahukan or not,or ade sesuatu yg xbagus tuk anak kite. tue je. lgpun kt lua kn byk produk,mybe can help we to make a good decision before used it {victory}

betul tu wawa.. sbb produk ni org kita yg buat sendiri wawa pun faham2 la pasal marketing produk ni kalau org kita yang buat... tapi ada di petshop juga produk ni..

nazamohd 11-12-2009 02:11 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
1 Attachment(s)
Quote:

Originally Posted by shareena (Post 67265)
kat bawah tu..klik manage attachment...

ni botol dia

nazamohd 11-12-2009 02:40 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by nazamohd (Post 67275)
ni botol dia

bio heatlh

naq1989 11-12-2009 02:42 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
owh,igtkan BIOAURA,syukur alhamdulillah....{shy}

nazamohd 11-12-2009 02:43 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Quote:

Originally Posted by nazamohd (Post 67294)
bio heatlh

bio heatlh

FurKids 11-12-2009 02:55 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Heheh! Naza, ini mcm jual ubat traditional, tiada badan buat pengesahan produk, jadi kena amat berhati-hati.

Contoh ubat gamat, memang amat berkesan kalau dapat yg tulin dan berkualiti tetapi terlalu banyak pembekal dan jenama dan kualiti pun amat berlainan. Ingredient bahan campuran dan cara memproses pun amat berlainan dan menyentuhi perkara berkenaan keberkesanan produk walaupun pada asalnya, benda gamat adalah baik.

Oleh yang demikan, ada yg pernah mencuba gamat utk kucing cedera teruk jatuh dari tingkat 30 makan dan sembuh tapi ada juga yg mencuba gamat gosok kat luka sahaja tapi kucing terus jilat dan mati.

Terlalu banyak produk dalam pasaran yg tidak dibekalkan kajian dan bukti kukuh (terutama ubat traditional) bahawa tiada membawa bahaya jika dimakan atau dipakai luaran gosok. Banyak mengandungi steroid yg merbahaya dan benda toksik.

Ada setengah pula dibekalkan kajian dan diluluskan utk digunapakai tapi selepas beberapa tahun dalam pasaran, didapati kesan mengakibatkan kerosakan pada badan atau menimbulkan penyakit kanser dan ditarik balik daripada pasaran pula dan kalau syarikat besar dan bertanggungjawab, boleh tuntut gantirugi contoh makanan yg mengandungi melamin.

Anyway, najis tetap berbau kalau tidak tak lah nama najis. Juga, kalau najis terlalu berbau, elok kita mengkaji punca masalah daripada kasi kucing makan sesuatu utk menutup masalahnya.

Najis berbau ada beberapa punca. Jenis dan jenama makanan satu, tanda makanan tidak hadam sepenuhnya kedua ... satu lagi kucing ada penyakit.

FurKids 11-12-2009 03:38 PM

Re: menghilangkan bau najis kucing
 
Kalau kita begitu cermat dengan bahan sapu luaran badan kucing, apa tah lagi dengan bahan utk dimakan ke dalam badan ... makanan kucing pun kitorang teliti dan mengkaji secara amat mendalam semua ingredient melalui internet sebelum memilih jenis produk dengan bijak, kan?


All times are GMT +8. The time now is 04:37 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.