PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Health, Disease & Diet (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=26)
-   -   Kucing menjadi botak :( (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=7474)

IzadHusin 10-29-2013 09:58 PM

Kucing menjadi botak :(
 
Hai, assalamualaikum.
Saya nak minta tolong bagi pendapat/cadangan pasal masalah kucing saya yang jadi semakin botak dekat bahagian perut, paha dengan kaki depan (siku). Saya tak tahu apa jadi sepanjang saya tak ada dekat rumah. Maklumlah, saya still student, belajar jauh. 3 bulan sekali baru jumpa kucing kucing dekat rumah ni. Kucing saya ni umur dia 2 tahun 1 bulan, jantan, indoor, medium long hair, mixed breed American curl long hair dengan domestic short hair. Kalau keluar pun, tak jauh. Setakat ke laman rumah je. Nak kata kurap, tak jumpa pula kesan merah. Cuma kesan kena cakar tu adalah sebab bergaduh dengan kucing stray yang datang rumah.

Mungkin kena kutu sebab seekor lagi kucing saya ni ada kutu. Dia Siamese-American Curl. Tapi dua dua saya baru bagi Frontline. Kalau tak berkesan juga, apa nak buat ye? Sy sedih sangat tengok bulu dia dah tak macam dulu. Dah bela dia since dia 2 bulan. Lagi satu dia ni picky eater. Macam-macam makanan dah try bagi. Kekadang dia makan, kekadang tak. Dah kurus dah dia. Macam mana nak paksa dia makan?


All times are GMT +8. The time now is 12:46 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.