View Single Post
  #37  
Old 04-04-2011, 12:50 PM
Felix The Cat's Avatar
Felix The Cat Felix The Cat is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 3,339
Rep Power: 19
Felix The Cat is on a distinguished road
Default Re: Want to adopt gp

Quote:
Originally Posted by picco View Post
baru2 ni sya ada gi tgk gp kt area banting,mmg cute,ada jenis abby,sheltie,peruvian,sepasang dia jual rm70 je,mmg murah giler..mmg nk beli pn,tpi nk mntk pendpt akk la,cara2 nk jaga gp ni..nk bg makan ape,satu hari bape kali nk bg dia mkn,kena mandikn dia ke?penyakit dia plak cmne erk? leh akk terangkan????
Hi Picco,

Sebenarnya akk ni bukan expert pelihara GP.
Akk pun baru berjinak jinak ngan GP tahun lalu.
Pelihara GP memang senang.
Akk tak bagi GP akk makan pellet tu.
Akk lebih suka bagi makan makanan yang segar sepert :-

- Alfafa hay
- Timothy hay
Sayur seperti :-
- Carrots
- Celery
- Kangkung
- Cabbage
- Red Bell Pepper (buang biji)
- Daun Pandan
- Kacang buncis
Buah seperti :-
- Apple
- orange (buang kulit)

Selain dari yang di atas, akk juga bay lysinc + vit c yang di campurkan ngan minuman air mereka. GP perlukan banyak Vit C kalo tak mereka akan sakit.

GP memang boleh di mandikan tapi akk jarang mandikan mereka sebab mereka tak berbau atau kotor pun. Ni sebab akk pakai pellet di perbuat dari recycle paper untuk bedding mereka. Satu lagi GP akk pandai pakai toilet he..he... jadi pellet tak kotor pun.

GP di beri makan dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Mereka nie pandai tau, asalkan dengar bunyi plastic atau pintu fridge di buka terus jerit minta makan. Dulu akk tak caya tapi bila dah pelihara baru akk tau mereka nie pintar sangat. Bila nak makan jerit Wheek! Wheek! Bila dah bagi makan mereka bunyi lain pula. Seronok tau.

Setahu akk GP jarang sakit kalo di jaga betul. Alhamdulilah dah dekat setahun akk pelihara GP nie tak pernah sakit pula. Yang akk tau kalo cirit birit bagi makan Timothy hay untuk stabilkan balik poo poo tu.

A'ah... orang yang jual kat banting tu memang murah tapi jauh.......

Cuba picco masuk forum lowyat under 'Pets Wonderland'. Kat situ ada GP corner. Segala information pasal GP ada situ.

Bab tengok cinonet memang akk gagal la Picco. Tak pandai bezakan pun he..he....
__________________

Felix The Cat - Dee wonderful wonderful cat!
http://felixthecats.weebly.com
http://livinginmyworld-phyllis.blogspot.com/
Reply With Quote