View Single Post
  #7  
Old 10-21-2010, 10:27 AM
syidajaafar's Avatar
syidajaafar syidajaafar is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2010
Posts: 36
Rep Power: 0
syidajaafar is on a distinguished road
Default Re: Cat Suckling Study — Psychological Effects

Syida masa dulu2 zaman muda2 remaja pun ada sekor kucing yg suka sangat suckle kat baju sampai basah2 dan koyak2 macam baju furkids gak, memang rescue dari kecik, kecik2 dah hilang ibu so i guess he missed the comfort of suckling to his mother. Kadang2 bila tak dapat baju, kain lap kaki pun jadilah! dia akan hisap sampai bunyi 'nyot...nyot...chup..chup...' sambil kneading sampailah tertidur hehehe. comel sangat...

Sekor lagi pulak di rescue dari baby, so memang besar dengan susu botol. bila dah besar sikit, siap tukar kepada susu botol baby manusia lagi tu since mulut dia dah besar hehe. Dah besar panjang (9 months) masih lagi nak susu sampai kena paksa cerai susu. Tak larat nak susukan budak besar . Tapi kadang2 bagi jugak, kesian....

Consequencenya, walaupun bila dia sendiri dah jadi ibu, dia tetap akan GO NUTS...i repeat...GO NUTS bila dia nampak ada botol susu di mana2. Kitorang kat rumah terpaksa sorok botol2 susu dia kat dalam almari, sebab dia mmg tak boleh nampak langsung. Kalau nampak, gerenti terkam. Ada sekali tu, my cousin datang rumah bawak baby dia, sampai masa, baby dia nangis nak menyusu, dia pun keluarkan botol susu nak bagi anak dia, tup2 berlarilah kucing syida ni ke arah dia dan baby dia (kucing ni memang duk perati tetamu datang dari jauh je) terus melompat kat my cousin's lap dan beriya2 hulur mulut dan kaki hadapan nak rebut puting botol tu (ye, beliau telah melompat ke atas baby di atas pangku tersebut ) sampai menjerit2lah mak budak tu minta diselamatkan dan budak tu sampai sekarang dah besar pun, takutkan kucing huhuhu

Hmm...bila kenang2 balik kenangan silam pasal kucing2 kita yang pernah bersama2 dengan kita, kucing2 yang telah menghiburkan hati dan hidup kita tanpa meminta apa2 balasan pun dari kita , buat kita tersenyum sorang2 dan secara tak sedar, air mata pun mula bergenang...tak sangka kan, walaupun setelah bertahun2 kucing2 kesayangan kita pergi, kita tetap akan tersenyum dan menangis setiap kali teringatkan kenakalan, kecomelan dan kenangan2 indah serta pahit manis bersama mereka...adakah mereka di sana pun teringatkan dan merindukan kita?

Hanya Tuhan yang tahu....
Reply With Quote