View Single Post
  #1  
Old 12-16-2009, 03:52 AM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 16
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Saat mencemaskan dengan pet anda

Menyampah betul baca forum dlm PF sejak akhir2 ni...asik panas jer....
So, aku bukak thread ni supaya kita boleh sama2 cool down. Dlm thread ni, kita kongsi la citer2 mencemaskan yg pernah kita alami dgn pet kita. Biasanya klu sebut mencemaskan, terbayang dlm fikiran kita2, situasi semasa pet kita sakit, accident and so on. However, kalau boleh dlm thread ni, biarlah ianya happy ending...Kalau sad ending, cth kematian, tu dah ada thread Pet Memorial. Wokehh, aku story saat mencemaskan yg aku lalui beberapa bulan yg lalu.

Pagi tu aku ada mengajar kelas KDC (cikgu2 yg berkursus dalam cuti). Kelasnya 2 jam jer. Planning nak bawak la anak2 bulus gi vet utk vaccin lepas abis kelas. Aku smpai tempat kejer at 7.30am. Kelas mula 7.45am - 9.45am. Aku letak ChiChi dalam pet carrier & letak kat pantry (kat ofis). Bubu dah besar, aku tak boleh letak dia dlm pet carrier sebab anak aku yg sekor ni memang pandai bukak kunci (even pintu @ tingkap bilik aku yg bertutup pun dia pandai bukak...memang cerdik sungguh). Disebabkan pagi tu hujan rintik2, cuaca pun sejuk & nyaman gitu, so aku fikir tak kisahlah kalau aku tinggalkan Bubu dlm keter. Keter aku pun parking bawah awning (bukan ada cahaya matahari pun, cos hujan). Keempat2 tingkap aku bukak lebih kurang 4 inci - aku yakin Bubu yg gebus tu tak kan boleh kuar punya. Kelas aku kat dalam gym jer, betul2 sebelah tpt aku park keter. So, sementara cikgu2 tu practise skills, every 15 mins aku akan check anak2 bulus aku to make sure diaorg okey. Last aku check diaorg about 20 mins before kelas aku abis. Bila dah abis, aku pun jenguk la dlm keter. Tgk2 si Bubu tak ada. Aikk...ke mana lak dia pergi. Aku ingat dia nyuruks bawah seat. Cari2 & panggil2, tetap tak ada. Aku dah mula panik. Ke mana pulak hilangnya. Mustahil dia boleh kuar dari tingkap. Tak kan kuar ikut bonet depan, mana ada ruang selain hose aircond. Tak munasabah sungguh dia boleh disappear mcm tu jer. Masa ni aku memang dah tak tentu arah. Student2 aku semua tolong cari dia merata2. Masalahnya dgn Bubu ni, dia teramat penakut dgn orang yg tak dikenali. Dia akan lari & menyuruk & tak akan keluar walaupun aku sendiri yg panggil nama dia. Jangan harap dia akan mengiau. Lepas 1 jam mencari, student2 aku pun dah gv up. Lagipun diaorg ada kelas lain nak kena attend. Aku sambung lagi cari sorang2. 2 jam mencari, tetap tak jumpa. Terduduk aku bawah pokok dgn air mata berlinang. Tak boleh nak imagine camner aku nak teruskan hidup tanpa dia. Aku kena cari dia hari tu juga sebab hari tu Jumaat...buatnya dia nyuruks dalam gym (di sebalik tilam2 ker) atau dlm store room ker...nanti bila assistant jabatan dah kunci premis2 tu, habis dia tak boleh kuar. Aku tak der pilihan, terpaksa la balik dulu ke rumah dgn intention akan datang semula pada pukul 6.00pm (before premis2 tu dikunci). Thru my experience masa renovate rumah dulu (masa tu pun Bubu akan menyuruk sebab takut dgn pekerja2 kontrek & bunyi bising), aku tau, bila hari dah gelap & suasana sekeliling dah sunyi, tentu Bubu akan datang jika kebetulan dia ada berhampiran dgn aku. Kalau siang2 buta ni, rentikanlah...dia tak akan kuar punya.

So dgn berat hati, aku pun drive balik rumah, berdua dgn ChiChi saja. Cancel plan nak ke vet. Sepanjang2 jalan, air mata tak henti2 mengalir. Dah dekat nak smpai rumah (lebih kurang 50 meter), aku dengar sayup jer bunyi kucen mengiau. Aku stopkan keter & concentrate. Tak der pulak bunyi....may be perasaan aku jer kot. Sampai depan pagar rumah, aku dengar lagi bunyi mengiau....aku pun panggil "Bubu ke tuu...Bubu kat maner ?" Senyap, tak der bunyi. Aku pun bukak pagar & masukkan keter. Bila aku dah offkan engine, aku dengar lagi bunyi mengiau....aku dah mula senyum...aku panggil2 dia & berlari masuk dlm rumah amik container kibbles dia, goncang2 nak umpan dia kuar. Jenuh aku mencari, kat mana la budak ni menyuruk sebab aku dengar suara dari arah depan, tapi tak nampak langsung dia kat mana. Aku bukak bonet depan (masa dia mula2 hilang pun dah bukak semua bonet, drawer & semua2 yg boleh dibukak, tp tak jumpa). Pastu aku nampak kaki dia terjuntai, cuba nak turun, tapi susah, sebab sempit. BERTUAH PUNYA ANAK !!! Rupa2nya dia menyuruk kat bawah dashboard keter aku !!! Dia masuk ikut satu slot yg muat2 tapak tangan aku jer (melalui belakang drawer keter). Aku sendiri tak boleh nak imagine camner dia boleh mengempiskan badan dia & masuk ke situ. Menengukkan dia yg menggelupur tak boleh nak kuar, aku dah panik balik. Maklum la...mesti dia dah kepanasan kat dalam tu. Aku call hb aku suruh dia balik ASAP, kalau kena pecahkan dash board aku pun, pecah lah, aku tak kira, janji anak aku selamat. Tak smpai 30 saat lepas tu, tgk2 muka dia pulak tonyoh2 slot tu cuba nak kuar (tadi dia try kuar guna kaki tapi tak boleh, sekarang dia try upside down pulak ). Aku pulak bagi semangat kat dia & within seconds dia berjaya kuar dari keter. Ya Allah.....syukur alhamdulillah. Aku bawak dia lari masuk ke bilik. Switch on aircond full blast & terus bagi dia minum. Badan dia punya la panas. Korang tau ??? Dia minum air mengalahkan unta minum utk stock sebulan. 10 minit non stop !!!!

Apa2 pun aku lega sgt dia dah selamat. Pastu aku cakap dgn dia "Naper buat mama mcm ni....mama panggil2 Bubu tak jawab pun, padahal Bubu ada jer kat dlm keter...Penat mama cari Bubu berjam2 merata2 tau..." Dia pandang aku dgn muka sadin jer....

Pengajaran buat aku. Lepas kejadian tu, aku tak berani lagi tinggalkan anak bulus aku dlm keter tanpa pengawasan, walaupun 2 minit !!!
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...

Last edited by anitayusof00; 12-16-2009 at 04:01 AM.
Reply With Quote