View Single Post
  #22  
Old 12-16-2009, 10:40 PM
Zarul's Avatar
Zarul Zarul is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jan 2009
Posts: 1,249
Rep Power: 17
Zarul is on a distinguished road
Default Re: Saat mencemaskan dengan pet anda

Saya tinggal di rumah guru ( sebab saya juga warden asrama). rumah saya tingkat satu.
jika saya ada kursus atau aktiviti luar dalam 2-3 hari saya akan mintak tolong my students bagi makan kat kucing2 saya ( mahu kurangkan stress kat kucing2) dan nanti saya belanja la budak2 tu kfc ke pizzahut ke....

waktu first time tu saya mesyuarat ti lumut dan saya lupa pesan kat diaorg supaya jangan bukak sliding door ke varenda kerana from the varenda diaorg leh lompat ke atap antara varenda rumah saya dengan rumah di hadapan rumah saya dan dari atap itu jugak the cats boleh lompat ke koridor di hadapan rumah dan boleh turun ikut tangga....

malam kedua, cikgu pompuan yg duk depan rumah saya call kata my cats ada duk kat depan pintu rumah dia, ada yg di atas atap, ada yg duk kat tangga...punya la saya mengelabah. maklum la saya waktu tu di lumut...

pastu saya call kawan saya yg duk kat rumah bawah, mintak tolong tangkapkan kucing2 saya tu.

so dia pun naik, buka je pintu semua kucing2 tu pakat lari masuk dalam rumah. alhamdullillah

so bila saya balik dr lumut , the students duk sengih2 pas tu kata diaorg kesian kat the cats tak dapat keluar rumah tu yg diaorg bukakkan sliding door tu....lg pun salah saya jugak sebab tak bagitau diaorg....

so sekarang dah x de masalah.
Reply With Quote