Dua minggu lepas kucing jantan saya Neiyo tiba2 tak boleh bangun, saya ingat dia demam biasa aje tapi bila lihat dia buang air kecil sambil baring saya terus bawa dia jumpa vet. Tak tahu apa punca, nak kata dia panjat dan jatuh, Neiyo tak reti langsung panjat memanjat dia. Dia ni penakut dan selalu kena buli. Mungkin kucing saya yang lain panjat dan terjatuh atas Neiyo. Susah nak cakap sebab siang saya kerja jadi tak nampak apa yang berlaku. Dr.Teoh bagi pill untuk saraf dan tiap hari kena lakukan fisioterapi pada kaki Neiyo.
Nak teruskan rawatan, saya tak mampu sebab mahal (ada 12 ekor kucing lagi di rumah) Wheel chair kucing pun mahal kalau nak order dari USA jadi Neiyo hanya baring dan hanya makan dan minum bila saya ada di rumah.
Disertakan gambar dan link video Neiyo.. tolong sesama doa agar Neiyo sembuh, jika tidak pun doakan dia pergi tak seksa
Neiyo ketika baby
Neiyo 2 tahun
Neiyo di klinik
Neiyo with Lulu
Lulu love uncle Neiyo
Video terbaru (maaf vid agak blur sikit) Neiyo hanya mampu makan benda lembut dan terbaring sahaja. Tapi dia tetap dengan muka nyer yang manja dan nak tidor peluk ..
Good nite Neiyo