View Single Post
  #14  
Old 04-29-2009, 11:17 AM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Fund Collection for Mia Katz's stray

Anak kucing memang senang kena penyakit sakit mata, Hate sebab tu saya selalu stok up Nicol eyedrops dan Terramycin ointment dlam fridge saya, especially utk strays sebab banyak dan selalu sangat mereka dapat jangkitan mata (ada yg disebabkan selsema) yg kalau kita tak tolong dgn segera akan menjangkit cepat jadi teruk dan dia menderita sampai mati dlm longkang kita tak perasaan ... sungguh kesian.

Eyedrop Nicol tu saya titik 3-4 kali sehari kalau nampak aje mata dia berair walaupun sikit sahaja untuk 5-7 hari. Jangkitan kalau dapat tangkap awal, cepat sembuh. Kadang-kadang matanya berair disebabkan terkena bahan kotor pun ada, tapi titis beberapa hari juga supaya tak naik jangkitan. Kalau tak habis ubat Nicol tu selepas 20 hari pembukaan botol, buangkan dan beli baru.

Tapi kalau nampak mcm kekuningan atau keputihan sedikit, buka matanya dengan lembut, letak Terramycin dan massage perlahan-perlahan (very, very gently) untuk ubat dissolve dlm mata. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari, jangan buat satu kali/hari dan lupa buat kali/hari lain supaya bacteria tu tidak diberi peluang utk develop resistance terhadap antibiotik tersebut dan ubat jadi tidak mujarab. Selalu berhati-hati dan cermat dengan penggunaan antibiotik. Penyalahgunaan akan mengakibatkan ubat tersebut kurang mujarab bagi membunuh kuman tersebut sepenuhnya. Titik 7 hari sekurang-kurangnya walaupun setengah doktor kata 3 hari boleh, 5 hari pun boleh. You need a complete course of antibiotics to complete treatment and prevent creating resistant bacteria.
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies