View Single Post
  #10  
Old 06-22-2010, 02:42 PM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road
Default Re: bagaimana cara terbaik nak cuci telinga kucing ...?

Jangan main bantai ubat dan buat diagnostik secara sendiri, kawan. Telinga yg kotor ada beberapa sebab samada berpunca jangkitan kat telinga atau mites.

Doktor haiwan yg baik akan cari punca masalah dengan sistematik iaitu buat ear swap (ambik spesimen dalam telinga utk cari bukti kukuh samada terdapat mites) bawah mikroscope.

Saya pernah bawa kucing jantan stray yg kotor telinga dan selalu garu bahagian telinga dan goncang kepalanya. Vet pertama (vet terkenal ramai pulak tu) sekali pandang, dengan konfiden dia kata, "Ear mites!", cuci dan tuang ubat earmites ke dalam telinga, kasi saya ubat tersebut dan suruh taruh kat rumah. Mahal pulak ubat tu! Bila tamat tempoh, kucing masih sama.

Saya bawa ke klinik lain, vet tersebut tanya, doktor tu buat ear swap lihat bawah mikroskop tak? Dia ada jumpa earmite tak? Bukan semestinya disebabkan earmites walaupun sering puncanya adalah demikian.

Saya kata dia tak buat ear swap langsung, terus kata, "Ear mites" dan kasi ubat. Vet kedua geleng kefala, "Huh! Vet swasta nie ...."

Vet kedua ni ambik spesimen telinga beberapa kali, masih tak jumpa kesan earmites (mites ataupun telurnya). Jumpa ear infection dalam telinga. Dia kasi antibiotik perancis untuk taruh ke dalam telinga selama dua minggu dan kucing tu sembuh dengan baik. Tak garu dan tak goncang kefala lagi.

Jadi, kawan, bawa kucing ke vet yg baik, ada vet yg tak baik dan cuai, terlalu overconfident, tapi akhirnya poket kita dikosongkan dan anak bulu masih bermasalah.
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote