View Single Post
  #39  
Old 03-31-2011, 07:06 PM
miaomiao's Avatar
miaomiao miaomiao is offline
PetFinder Buddy
 
Join Date: May 2010
Posts: 52
Rep Power: 14
miaomiao is on a distinguished road
Default Re: Anak kucing saya yang baru lahir......

Quote:
Originally Posted by Daniel View Post
Dapat ke balasan kalau kita baik sungguh dengan binatang peliharaan kita????
saya assume en daniel ni seorang muslim, minta maaf saya tak kenal en daniel secara personal.

Allah telah berfirman, "tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu" (al-Zariyat:56).

manusia adalah khalifah di muka bumi, dan tanggungjawab kita untuk melindungi makhluk yang lebih lemah. dan sebagai muslim, kita faham bahawa Hadith juga pegangan kita.

sedangkan untuk menyembelih binatang ternakan pun tidak boleh diseksa mereka, pisau kena pastikan betul2 tajam. rujuk hadith riwayat muslim.

ada juga riwayat tentang seorang pelacur/penzina yang terjumpa dengan anjing yang kehausan, lalu dia berusaha untuk tolong memberi minum kepada anjing itu. syurga balasannya. ini hadith lemah, tapi still....

berbuat baik dengan makhluk adalah dituntut, dan kalau kita buat dengan ikhlas, pasti dapat keredhaan Allah. kalau buat jahat buruk balasannya, kalau buat baik....?

kalaulah dalam islam tiada tuntutan untuk berbuat baik dengan haiwan, kenapa tiada tercatat dimana2 larangan sebegitu? dan kenapa Rasullullah tidak menegur apabila baginda kantoi Abdul Rahman menyorok anak kucing didalam lengan baju, sampaikan Rasullullah memberi gelaran Abu Hurairah (bapa anak kucing).

wallahu'alam.

saya sertakan ini untuk bacaan en daniel:
http://www.syababul-huda.info/2011/0...hluk-lain.html
http://www.voa-islam.com/trivia/aqid...-seekor-kucing
__________________
men own dogs. cats own men.

Last edited by miaomiao; 03-31-2011 at 07:25 PM.
Reply With Quote