View Single Post
  #19  
Old 11-11-2009, 05:46 PM
kuntum's Avatar
kuntum kuntum is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Posts: 612
Rep Power: 15
kuntum is on a distinguished road
Default Re: Bahaya Atau Tidak

Quote:
Originally Posted by FurKids View Post
Jilat sahaja tak per dan asalkan tak ada luker kat kulit kita bagi membolehkan kuman masuk ke dalam badan kita. Tak payah cuci dengan Dettol, nanti pergi sentuh kucing kesan Dettol tu toksik utk dia, cuci dengan sabun biasa dan air mencukupi.

Air liur mana-mana pun banyak kuman, bukan air liur kucing sahaja. Mulut manusia sebenarnya pun ada banyak kuman. Tapi apa yg buat gigitan kucing merbahaya adalah cara gigitannya yg berbeza dgn anjing ... kucing gigit dan lepaskan ... maknanya taringnya masuk daging dan terus keluar jadi kuman daripada gigi dan air liur akan terperangkap dalam daging kita apabila luka sedemikian tutup cepat dgn sendiri di bahagian kulit, kadang-kadang tak sempat darah tu mengalir keluar pun utk membersihkan luka tersebut.

Cara anjing gigit pula, dia gigit pastu dia goncang. Bila anjing goncang, daging mangsa akan terkoyak mengakibatkan luka yg lebih besar dan darah akan keluar berlumuran. Dalam proses darah mengalir keluar, kuman daripada mulut binatang itu akan dibawa keluar bersama dan luka akan lebih bersih.

Jadi, tindakan pertama amat penting selepas digigit kucing adalah utk cuba picit keluar sebanyak darah yg boleh dengan serta merta sebelum permukaan luka itu dapat tutup secara sendiri (kadang-kadang tak sampai satu minit, jadi perlu kejarkan masa).

Lepas picit sampai tak ada darah yg keluar, guna mulut utk hisap seberapa darah keluar yg boleh. Tindakan macam kena gigit ular utk keluarkan sebanyak bisa yg boleh.

Pastu cepat cuci dan apply alcohol diikuti dengan iodine dan pergi klinik dapatkan 1 complete course of antibiotics jenis broad spectrum seperti Amoxyllin sekiranya bengkak dan sakit sangat selepas masa lebih kurang setengah hari.
Ok FK..thanks...
__________________
“What greater gift than the love of a cat?” – Charles Dickens
Reply With Quote