View Single Post
  #42  
Old 09-03-2008, 08:34 AM
duyung_leo's Avatar
duyung_leo duyung_leo is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 540
Rep Power: 16
duyung_leo is on a distinguished road
Default Re: Jom...Mari Kita Makan Angin...Kemana Saja

Quote:
Originally Posted by anitayusof00 View Post
Waa...Duyung...bestnya panjat gunung. Akak dulu2 ada laa panjat bukit...tapi dah senja2 ni...ahakss....Akak dulu panjat Bukit Keledang (Ipoh), Bukit Larut (Taiping), Bukit Teresek (Tmn Negara), Bukit Lembing (Pahang) & beberapa lagi yg tak ingat namanya kat sekitar Segari, Pangkor & Pulau Singa Besar (Langkawi). Ada gak buat rock climbing kat Batu Caves. Ni semua masa akak study sports science kat UPSI (waktu buat 1st degree). Bab masuk gua, akak dah masuk Gua Tempurung (amik package wet & dry, besttt), Gua Kelam Kabut ehhh Gua Kelam, Gua Telinga (mmg thrill, sempit mcm lubang telinga kita gak) & yg paling tak blh lupa, Waitomo Caves kat NZ bcos kat situ ada berjuta2 glow worms yg memancarkan cahaya dlm kegelapan....seolah2 we are staring upon a million stars above our head. Awesome !!!

No prblm Chemonk, Mondok. Memang susah nak cari 4 orang yg sekepala. Sebab tu mat salleh normally akan backpack solo atau berdua (dgn gf / bf masing2). Kalau dapat ber4, boleh jimat banyak dari segi kos, sebab transportation (cab) & accomodation boleh split 4 orang. You boleh fully utilise everything among the 4 of you.
Mondok....slow2....insyaAllah ada la rezeki tu. Sebenarnya klu kita rancang betul2 & tak banyak songeh, nak backpack ni bukan la banyak sgt belanja. Lagi pulak dlm Msia.
Cara yg akak buat utk jimatkan kos adalah :
1. Surf internet utk cari accomodation yg murah spt hostel, B & B atau guest house. After all, you will spend most of yr time sightseeing, bila balik bilik dah malam....letak kepala terus tidur. So tak kisah laa cari yg budget2 jer...Tak payah buang2 duit. Better spend the money on shopping. Betul tak ?? Bila dah jumpa yg berkenan, kena baca review ttg accomodation tu. Sebabnya, kdg2, lain yg diadvertise dlm internet, lain pulak realitinya.
2. Bila bergerak dari satu bandar ke bandar yg lain, better bergerak di malam hari so that you boleh jimat 1 night accomodation. Akak prefer naik night train sebab selesa & boleh baring. Klu naik night bus, sakit2 badan & tak selesa. Mcm akak ni...tak kesah kat mana pun...agak2 selamat, bentang sleeping bag, tidur. Kat mana pun boleh, airport ke, ferry terminal ke, bus station ke, train station ke....yg penting make sure your valuables must be in contact with yr body at all times sama ada letak bawah kepala atau ikat di pinggang & di pad lock kan.
3. Normally akak bw my portable hot plate, small pot & pan. Bw juga canned food, maggie & instant beverage. Yg ni perlu especially di tpt2 yg susah dpt makanan halal atau yg expensive (cos currency mrk lebih besar i.g. Euro @ pound UK), cth mcm masa akak pergi Cambodia, Beijing, Macau, HK & Europe. Ada sesetengah hostel yg provide kitchen (Australia, NZ, Europe), so tak perlu la bw hot plate.
4. Bila nak cari tpt makan, tanya pada local di mana tempat yg MEREKA pergi utk makan, tanya price & sedap ke tak. Normally, akak akan tgk, klu tpt tu ramai org tentu makanannya sedap & pricenya reasonable.
5. Klu nak shopping, tanya local ke mana mereka pergi utk shopping. Cth mcm masa akak di Bangkok.....Kat sana ada banyak night market @ tpt shopping so biasanya tourist akan shop di Floating Market atau di pasar malam Pat Poung (red light district). Tapi akak pergi ke Pratunam Market. Lepas tu pergi pulak tpt2 yg akak sebut tadi utk jalan2 & compare price...price mmg berbeza giler2. Kalau di HK pulak, akak surf internet so jumpa la beberapa tpt yg jual branded goods tapi pada factory price. Merasa la beli designer clothes (pada factory price )
6. Buat perancangan awal, so that boleh beli flight ticket awal. Silap2 boleh dpt free lagi. Ari tu akak saja suka2 check seat Airasia ke Perth, dapat yg free (utk pergi) & promotion price utk return. So price all in (airport tax etc) hanya RM900 return ticket. Akak tinggal satu step je lagi nak confirm ticket tu tapi akak tak amik pun sebab dah 2X gi OZ. Lain kali laa....

Setakat tu laa antara perkara2 yg normally akak praktikkan. Gud luck to you all. Mondok, actually, bagi akak lagi mahal klu you nak pergi Sabah & Sarawak sebab ini destinasi popular AirAsia. (Caya tak....akak ni merata dunia dah smpai tapi S & S tak smpai lagi ). Klu you ada pasport, try pergi Medan naik feri from Lumut (return RM180, tak de airport tax). Akak dah estimate ari tu (saja2la...actually dah pernah pergi Medan pun), kalau you backpack 2 org, 5D4N, Medan - Prapat - Brastagi, you can make it in RM500 each, plus minus
Betul la kak, duyung pun selalu nyer kalo gi mana2, duyung wat style backpack je.. senang... x banyak songeh.. leh ikut kepala otak kita sendiri.... xyah pikir org lain.. cuma ngan geng2 sendiri je la.. x mnyusahkan kita gak..
Reply With Quote