Quote:
Originally Posted by zaidong
Kucing saya si Tai Lung tak sukakan RC Fit 32 tu..tak sedap kot.bau biskot tu pun tak sedap. Lastly beli RC Indoor, baru dia makan...
|
Zaidong beli RC Fit32 tu adalah dalam pek original atau repack (yg tokay kedai tipu kata repack kecik-kecik senang jual padahal dia repack sebab beg tu dah bocor atau biskut tu dah lemau/berkulat/berulat ... dia buang biskut yg rosak/berkulat/ulat dan repack yg nampak ok) ... kalau dalam pack original, adakah masuk angin (masa beli, tekan tengok ada angin keluar tak ... dia mesti vacuum pack dan air tight). Satu lagi, kalau dah kena panas dalam lori semasa perjalanan ke kedai, akan cepat lemau dan rancid sebab makanan kucing mengandungi kandungan lemak tinggi dan amat senang rosak.
Sepanjang pengalaman saya, tak pernah ada kucing yg enggan makan RC kecuali biskut tersebut telah lemau atau rosak.
Semua rebut makan, tak ada sekor pun yg tolak!
Zaidong cuba kunyah kibble RC yg Tai Lung enggan makan tu. Yang fresh akan rasa rangup dan sedap wangi mcm keropok fresh. Cuba rasa tengok, kalo ko rasa nak muntah tak leh telan, Tai Lung pun sama la ....