Hi Oyen_ku,
Saya selalu menggunakan Frontline untuk elakkan kucing dari kutu. Oleh sebba kucing-kucing saya hidup indoor, so saya just need to letak ubat kutu jarang-jarang sekali(3 atau 4 bulan sekali).
Saya selalu gunakan ubat kutu seperti gambar dibawah
Untuk gunakan sangat mudah. Dalam satu pack ada 3 tiub ubat kutu. Satu tiub untuk sekor kucing dewasa. Titiskan satu tiub ubat kutu ni di bahagian atas leher(tulang belakang) kucing. Selalunya saya titis dan leretkan atas tulang belakang dalam 1 inci panjang.
Dalam masa 1 hari saja, nanti awak boleh nampak kutu-kutu kucing akan bergelimpangan mabuk, jatuh dan mati. hehe. Elakkan dari memandikan kucing dalam 5-6 hari lepas letak ubat kutu. Nanti bulu kucing akan rasa sedikit kesat sbb ubat kutu ni akan bercampur dengan peluh kucing dan merebak ke seluruh badan.
Sangat mudah. Owh untuk pengetahuan juga, harganya lebih kurang RM40-RM49 bergantung pada di mana petshop/pet clinic. You can try this on your cat.