View Single Post
  #2  
Old 02-26-2014, 01:01 PM
tomato_wardrobe tomato_wardrobe is offline
Animal Lover
 
Join Date: Jul 2013
Location: Damansara
Posts: 8
Rep Power: 0
tomato_wardrobe is on a distinguished road
Default Re: kucing terlalu nakal

saja nak share pengetahuan saya..utk jawapan soalan berikut:
1. kucing macam mana jadi manja? yg ni ikut baka, ada baka lebih manja, ada yang tak berapa suka kita belai. Tapi, juga ada orang kata lepas mandulkan, dia akan jadi kurang nakal sikit. Atau tunggu dia dewasa nanti lebih chance jadi close sikit pada u. Lebih-lebih lagi sekarang kucing u masih kitten, mesti suka main sangat. Setiap kali dia gigit, u boleh bagi tahu dia "No" dengan suara tegas atau buat suara sakit. Lama-lama nanti dia akan dapat idea perbuatan dia salah.

2. Jangan bagi makanan goreng sedangkan minyak masak kita orang tak berape baik utk kesihatan kucing. Mestilah dia suka makan ayam goreng berbanding dengan biskut yang tak berape rasa tu. Kalau nak masak utk dia makan, bagi rebus ayam/ikan sekali sekala cukup. Biskut kena diutamakan sedangkan formula biskut mengandungi semua khasiat yg diperlukan oleh kucing anda.

3. Berape kerap mandikan kucing? Tertakluk kepada kucing tu ada outdoor main ke tidak. Biasanya kucing ni tahu bersihkan dia sendiri, macam jilat badan dia selalu. Kalau nak mandikan kucing rumah 2-3minggu sekali pun boleh. Pasti keringkan dia lepas mandi dengan air suam. Ataupun, lapkan dia dengan kain basah suam kalau dia kena kotor.

harap pandangan saya boleh bantu u.
Reply With Quote