Ini gambar Eton dengan geng kucing nya semenjak Chamoi meninggal. Punya lah baik dia dengan kucing 2 ekor tu. Kucing tu pulak bukan main manja lagi ngan Eton.
Aku kecian tengok Eton kena rantai tapi setakat tu sajalah aku mampu nak buat, takat kesian.....
Kalau Eton dok ngan aku memang dia pakai baju seluar
makan pakai pinggan dan sudu, tido tilam berbantal, mandi bersyampoo. Masa aku tengok Eton ni, dia tengah nak mandi. Dia masuk dalam baldi penuh air dan menyelam. Pas tu dia kutip cermin pecah dan bercermin....kecian nya aku nengok dia pegang cermin pecah tu..... Mungkin bagi sesetengah orang tengok lucu gelagat Eton bercermin tapi aku tak rasa lucu malah aku rasa terkilan sungguh....