Hi Lilac,
Rasanya si lulu tu masih kecik lagi dan dia rindu kat mak dan adik beradik dia.
Tak boleh ke adik Lilac wat sementara waktu pulangkan kucing tu ngan owner dia dulu sampai la dia putus susu dan bila dah 3 bulan lebih baru la ambil dia balik.
Bukan apa, anak kucing nie masih kecik dan perlu susu ibunya untuk kuatkan imunasasinya.
Kalo owner dia tak nak ambil balik, cuba Lilac ambil sebuah alarm clock. Balut ngan kain dan letak dalam cage ngan si kecik. Bila si kecik dengar bunyi tick tock tick tock dia ingat kawan jadi hopefully dia akan senyap. Petua nie saya baca untuk teman anak anjing tapi tak tau la kalo boleh ngan anak kucing
Cuba la mana la tau boleh kan