View Single Post
  #27  
Old 03-10-2010, 01:29 PM
simple simple is offline
-
 
Join Date: Oct 2008
Location: PJ, Malaysia
Posts: 90
Rep Power: 16
simple is on a distinguished road
Default Re: anak kucing baru jumpa

Rieyna,

Tahniah kerana berjaya menjaga baby tuh sehingga kini.

Harap boleh share sikit pengalaman dgn kami. Sbb so far saya sendiri kurang berjaya membela anak kucing tanpa ibu.

Contohnya :
Pada awalnya, Rieyna beri minum susu jenama apa ?
Guna syringe tanpa jarum atau botol susu ? Susu suam atau suhu bilik ?
Nak feed setiap berapa jam ? (kalau tgk ibu kcg saya dulu, dia feed setiap 2 jam, lebih kurang. Kalau kittens tidur pun dia kejutkan dgn cara menjilat badan mereka perlahan lahan. Lepas feed, babies & meowmummy tidur semula).
Masa feeding, nak kena tegakkan badan dia ker (-takut nanti lemas pulak baby tu, tapi kalau tgk kitten menyusu kat meowmummy, mcm mcm gaya - terlentang,terbalik).
Bagaimana nak urut perut baby cat tuh. Nak kena terbalikkan, atau sambil berdiri ? (Sorry, soalan2 cam bodoh jer, pasal saya sendiri takut nak sentuh sbb rasa fragile sgt takut terpicit. Nanti terus kempis pulak babymeow).
Nak urut kat perut just above tempat kencing, atau ?
Rasanya bila umur 2 minggu dan dah ada gigi sedikit, dah boleh makan wet food, kan ? Rieyna beri babymeow makan apa ?

TK
Reply With Quote