Comot82, hamsters nie mcm tikus, mereka dalam golongan binatang jenis "prey animals". Maknanya mereka mempunyai risiko tinggi diburu makan oleh binatang yg lebih besar daripada mereka. Dengan itu, perangai semulajadi mereka adalah keinginan dan keperluan hidup dalam suasana yg terlindung dan dapat tersembunyi dengan senang, jika tidak, mereka mengalami stress tinggi dan bertakutan selalu.
Oleh kerana itu, walaupun Comot82 meletak mereka dalam akuarium luas dan besar, suasana adalah terdedah dan adalah baik sekiranya Comot82 dapat meletakkan banyak benda-benda utk mereka bersembunyi ke dalam akuarium seperti pokok-pokok (cari yg sesuai), kotak, maybe some driftwood untuk mereka bersembunyi dengan senang dan rasa selamat. Mereka akan keluar bermain semasa rumah sunyi dan tiada orang (atau kucing) lalu lalang.
Sepertimana dinasihatkan oleh Kak Zai dan lain-lain yg peka, silalah Comot82 letakkan akuarium tersebut ditempat low traffic kat rumah, gelap dan sunyi. Hamster anda akan menjadi lebih sihat kerana kurang stress.
Amat perlu utk kita memahami perangai semulajadi binatang yg kita pelihara dan sayangi supaya kita dapat sediakan tempat hidup yg terbaik bagi mereka.
Kucing adalah binatang jenis "prey" (diburu jadi perlu tempat bersembunyi dan sunyi) dan juga "predator" (dia makan binatang lain yg lebih kecil). Predator biasanya lebih berani keluar merayau memburu.
Good luck, friend!
Ada, Kak Zai, rasa nak tempeling dia .....