View Single Post
  #16  
Old 07-02-2009, 01:44 PM
farahnm farahnm is offline
Cayang Kucing
 
Join Date: May 2009
Location: Putrajaya
Posts: 273
Rep Power: 15
farahnm is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to farahnm
Default Re: Macam mana nak bg meow gemok??

Sorry Kak Boo off topic...

Bro Furkids, macamana nak kembalikan selera anak bulu saya kepada ayam..
saya ada baca, kucing kalo dia tak suka satu satu makanan tu, dia rela lapar dr jamah makanan tu betul ke?
saya ingat nak letak ajek ayam rebus tu depan mata dia, buat tak tau aje bila dia nak nangis-nangis nak ikan.. boleh ke macam tu?

Quote:
Originally Posted by FurKids View Post
Kalau inginkan badan anak bulus solid-molid, padat dan sihat, kasi ayam rebus lebih untuk dia sebab daging ayam (pure muscle protein) itu akan membina badannya (good muscle, organ and bone structure dalam badannya sebagai satu foundation yg baik supaya ianya tidak mudah diserang penyakit terutamanya apabila umurnya meningkat nanti).

Menurut kajian terkini, beberapa jenis ikan terutamanya white fish memusnahkan beberapa jenis vitamin B dalam badan kucing. Diet yg tinggi mengandungi ikan juga mengakibatkan tulang yg mudah reput. Satu lagi, kebanyakan kucing yg telah menikmati rasa ikan akan kurang berselera utk makan makanan lain yg lebih menfaatkan pertumbuhan badannya. Sesuatu makanan yg enak dan lazat tidak semestinya bagus dan berkhasiat utk badan - contohnya makan coklat/ais krim dan junk food adalah lebih enak daripada makan healthy meal (nasi dan lauk), tapi nasi dan lauk adalah jauh lebih berkhasiat.

Kebanyakan wet food kucing di pasaran dibuat daripada kandungan ikan sebab harga ikan (terutama yg kecik-kecik dulu kita guna utk buat baja) adalah jauh lebih murah daripada harga ayam dan mendatangkan keuntungan yg lebih utk para pembekal. Ini adalah merupakan satu perkara yg dikhuatirkan oleh pakar nutrition kucing di dunia dan tak ramai pemunya kucing yg maklum mengenai perkara ini.
Reply With Quote