Salam perkenalan. Saya dah lama baca forum kat sini, tapi ini adalah kali pertama saya join.
Sebelum puasa dulu saya ada pergi ke sebuah pet shop di puncak alam.
Ada lebihkurang 12-15 ekor kucing, yang konon-kononnya good breed
macam maine coon, bengal, pure persian.Tapi kucing-kucing ni diletakkan
bersama dalam sangkar yang kecil dan didisplay dengan bangganya dihadapan kedai berdekatan dengan kaunter.Ada persian lebih kurang 2-3 bulan,
yang telinganya berkurap sampai hilang sebahagian telinganya, masih dijual
untul RM1300. Kucing-kucing lain lagilah mahal. Bengal yang nampak macam kucing saya pungut tu dijual untuk RM5,500 ke 5,800.
Kucing-kucing kat depan kedai pun macam tu keadaannya, yang kat belakang tu tak berani saya nak tengok.