Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis
Salam,
Ini jawapan dari JAKIM.
1. Assalamualaikum w.b.t...... Saya memelihara kucing di dalam rumah, apakah sah @ tidak solat saya jika terdapat bulu kucing pada pakaian saya ketika saya sedang bersolat @ terdapat bulu kucing di tempat sembahyang?
Wa Alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, Solat anda sah. Bulu kucing bukan dari suatu benda yang najis. Wallahu ‘alam.
2. adakah sah solat seseorang apabila ada bulu kucing yang melekat dibajunya
Sah solat yang terdapat bulu kucing yang melekat dibajunya kerana bulu kucing bukan kategori najis.
Pendapat Pakcu (bukan fatwa k...hehe)
Memang terdapat percanggahan tentang hukum ini kalau dilihat dari fatwa yang dikeluarkan oleh negara-negara lain. Bagaimanapun, disebabkan Pakcu duduk di Malaysia maka Pakcu follow dan ikut fatwa JAKIM ler. Yang penting kita confident dan yakin, dan niat kita ikhlas untuk beribadah. Wallahualam.
|