View Single Post
  #23  
Old 11-25-2010, 09:12 AM
prinz38i prinz38i is offline
Human :-)
 
Join Date: Feb 2009
Location: Seri Kembangan
Posts: 542
Rep Power: 16
prinz38i is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to prinz38i
Default Re: Spay & Neuter Programe

Hi Putih,

Gembira sebab you berhajat untuk mengkontrol bilangan kucing dibawah jagaan you.

untuk maklumat yang you perlukan, sedikit info yg saya boleh share seperti dibawah :-

- Berapa umur kucing yg boleh dikembiri kan? :biasanye vet sarankan umur lebih 6 bulan. bila hantar ke pusat kembiri tu nanti, vet yang bertugas akan check dulu kucing tu sudah sedia untuk dikembiri atau tidak. Kesihatan kucing juga perlu dititikberatkan.

- Dalam program ini, berapa kos untuk kucing betina & jantan? kos jantan RM60, Betina diantara RM70 - RM90. untuk betina RM70 adalah keadaan biasa, RM80 sekiranya On-heat, RM90 - sekiranya didapati mengandung. Sekiranya kita buat secara beramai-ramai, insyaallah boleh dibincangkan dengan pengurus pusat tersebut
Dan dimana? Di DBKL-SPCA KLINIK KEMBIRI
Pusat Kurungan Haiwan
Jabatan Kesihatan DBKL
Jalan Air Jerneh
Air Panas, Setapak
53200 Kuala Lumpur. Perlu buat appointment dahulu sebelum bawa kucing ke sana. Biasanya dibuat pada hari sabtu dan ahad. Untuk appointment, boleh hubungi Mr Krishnan : 03-40243446 (o)
012-2581041(hp)


- saya ada 5 ekor kucing, dimana kucing pertama baru beranak jd bila waktu sesuai untuk kembirikannya? dan 4 ekor lagi baru 6 bulan. : untuk ibu kucing yang baru melahirkan, sebaiknya kembiri selepas anak putus susu. Biasanya dalam umur 2 bulan. Tetapi, kucing betina dewasa sudah mula on-heat selepas sebulan melahirkan. So, pengurusan ibu kucing diperlukan disini sementara menunggu anak kucing putus susu. Jangan biarkan ibu kucing keluar dari rumah atau berhubungan dengan kucing jantan dewasa.

Thanks for your concern. semoga kita boleh bersama-sama mengawal bilangan kucing jalanan di tempat masing2.

Quote:
Originally Posted by Putih View Post
Boleh bagi maklumat terperinci tak? Sebab saya memang kena kembirikan kucing2 nier seblm membiak dgn pantasnya.

- Berapa umur kucing yg boleh dikembiri kan?
- Dalam program ini, berapa kos untuk kucing betina & jantan? Dan dimana?
- saya ada 5 ekor kucing, dimana kucing pertama baru beranak jd bila waktu sesuai untuk kembirikannya? dan 4 ekor lagi baru 6 bulan.

Tolong yer kerna saya memang dah cuak nie.

Last edited by prinz38i; 11-25-2010 at 09:15 AM. Reason: 1
Reply With Quote