View Single Post
  #7  
Old 10-15-2010, 09:07 AM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Normal ke kucing betina ringan sikit dari kucing jantan?

Sarebloom, kalau hendak bandingkan berat badan, perlu kita ambil kira saiz badan kucing terlebih dahulu.

Kalau dua-dua tu saiz sama (dari pengalaman saya, saiz kucing bergantung banyak kepada baka, walaupun adik-beradik, mungkin juga bapa berlainan atau atuk-atuk berlainan sungguhpun ibu sama, jadi bukan luarbiasa utk mendapati kucing betina yg saiz lebih besar daripada yg jantan), kita ambik pikul baru boleh kita kata satu berat dan satu ringan ataupun kedua-dua sama.

Sekiranya sudah pun ambil kira saiz badan kedua-dua si comel dan Sarebloom masih berkeputusan bahawa yg betina adalah lebih ringan, sebab yang jelas saya nampak adalah bahawa kucing betina yg Sarebloom perhatikan kurang selera makan tu badannya mempunya kurang body mass atau muscle berbanding dengan boboy yg gelojoh tu.

Nota: Muscle mass adalah lebih berat dan padat berbanding dengan lemak badan. Jadi kucing yg besar dan banyak lemak tak semestinya lebih berat daripada kucing yg lebih kecil badan tetapi padat dan pejal dengan lean muscle, ya? Tetapi kucing gemuk yg penuh lemak rasa berat giler juga apabila dipikul ... seolah-olah pikul satu baldi penuh air ... tapi dia tak sihat lah, nanti kena sakit jantung dan joint pain. Peluk memang sedap la, boleh buat bantal ... tapi kesian dia nanti. Kucing yg makan Innova Evo memang padat dan pejal badan mereka. Tapi kucing aku ramai kurang suka.

Sarebloom, daripada pengalaman saya, kucing yg sihat memang gelojoh. Yg kurang selera tu selalunya ada sesuatu yg terpendam yg mengganggu dia dan kesihatan beliau (ada penyakit terpendam atau some blood parasite dalam badan, atau mulut sensitif dan ada bengkak/luka dsbnya) dan anda perlu menyiasat bagi membetulkannya. Daripada pengalaman saya, kucing yg kurang selera makan walaupun aktif akan senang kena penyakit, dan sekira kena penyakit, lebih senang mati daripada si gelojoh.

Sekiranya sebab adalah dia kurang gemar jenama makanan tersebut, cuba cari jenis yg dia suka. Ada kucing yg tak suka ayam langsung tapi ikan (walaupun kurang sihat utk kucing berbanding dgn. ayam) dia ngap ajer. Ada pula yg tak suka ikan hendak ayam sahaja. Ada juga (mcm kucing saya) yg memilih jenis ikan.

Sarebloom sediakan kibbles jenama apa utk mereka? Umur 7 bulan masih kitten tu, jangan kasi kibbles adult supaya pertumbuhan foundation badan mereka yg masih membesar tu kuat dan kukuh utk hari tua nanti.
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies

Last edited by FurKids; 10-15-2010 at 09:23 AM.
Reply With Quote