Thread: Gemukkan Kucing
View Single Post
  #7  
Old 06-09-2010, 09:42 AM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 15
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Gemukkan Kucing

Quote:
Originally Posted by ahnhan View Post
Hi..saya ahn. ada 2 ekor kucing adik bradik, jantan n bertina berumur 3 bulan. I give them "Royal Canin Persian 32 < 12 months"..

Masalah:
1) Kucing betina macam tak lalu makan menyebabkan dia terlalu kurus jika dibandingkan dgn abg die yang fit (boleh tgk kat owners pet name Titan)
2) Try kasi wet food tapi mkn sikit jer. pastu bagi 2nd round untuk menu kedua dlm sehari mmg die tak nak mkn...ambil bau jer pastu blah.mcm dah jemu. Nak kata sakit, tak jugak..die mmg sgt aktif main2 dgn abg die. Cuma kurus jer problem.

Kwn2 petfinder ade tak idea2 or pendapat harap dapat membantu.. De tak ubat2 kasi die lapar n kuat mkn ?? Nak kasi gemuk sket..

Thanks
ahn
Ahn, mereka anak kucing berumur 3 bulan kan? Eh, mana boleh kasi makanan RC nombor kod 32? Itu untuk kucing dewasa 12 bulan ke atas!

Umur 1-4 bulan kena kasi RC Babycat 34 la, kawan! Jangan kasi RC Kitten 36 pun, ini utk anak kucing 4-12 bulan. Belum boleh kasi lagi.

Juga cepat kasi mereka makanan tambahan daging dada ayam rebus setiap hari utk protein tambahan bagi membina badan sebab mereka dalam peringkat pertumbuhan badan penting. Kalau tidak, mereka akan senang sakit atau diserang penyakit.

Untuk anak kucing yg kurus dan kurang selera tu, dapatkan Hill's A/D diet daripada klinik vet yg menjual, ambik satu sudu kecil (kalau dia boleh makan lebih, lagi bagus) dan guna jari bersih mashkan (picit) dengan satu sudu air panas to get a smooth thick mixture so that you can suck up with a 10 mls syringe dan suapkan 3 times a day. Kalau dia nak makan sendiri, lagi senang. Tapi asingkan dia sehingga makanan habis supaya orang lain tak curi makan dia punya. Buat selama 2-3 minggu dan anda akan nampak badan dia mula berisi.

Simpan tin tu dalam fridge supaya tidak rosak. Jangan microwave kerana microwave akan membinasakan vitamin dan khasiat.

Tak payah supplement benda lain langsung kalau kasi RC Babycat 34. Jangan kasi wet food sebab kebanyakkan mereka tak mempunyai kandungan daging secukupnya, banyak air dan jelly kosong. Mahal pulak tu. RM5 boleh dapat satu ketol dada ayam dah yg solid penuh protein bagi membina badan si kecik! Bandingkan dengan RM5 satu tin canned food yg penuh air dan jelly dan secubit tak sampai satu sudu daging padat pun.

Satu kelemahan lagi, kebanyakan mereka taroh ikan sebab ikan murah. Ikan tidak bagus utk kucing, buat tulang mereka reput. Daging ayam yg baik utk membina badan mereka.
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies

Last edited by FurKids; 06-09-2010 at 09:54 AM.
Reply With Quote