View Single Post
  #8  
Old 06-02-2009, 03:06 PM
catcatcat's Avatar
catcatcat catcatcat is offline
Animal Lover
 
Join Date: Feb 2009
Posts: 28
Rep Power: 0
catcatcat is on a distinguished road
Default Re: Bulu kucing yang gugur adalah najis

Quote:
Originally Posted by anitayusof00 View Post
Yes, I read it frum MUIS & forum Halaqah
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4125.0

I'm not the right person to debate on this matter. Hereby, I copy n paste one of the most convincing answer regarding the matter. So, terpulang la pada masing2 utk buat justification.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.

Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya? Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.

Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.

Sumber : Mufti Brunei
SALAM.. sy merujuk perkara ini kepada JAKIM dan berpegang kepada kenyataan bahawa bulu kucing bukanlah najis.. isu ni setidaknya lebih kurang kepada isu kembirikan kucing kerana masih bnyk khilaf di kalangan ulama serata nusantara walaupun sama berpegang pada mazaahab yg sama.. seperti mana saya berpegang pada kenyataan dikeluarkan JAKIM bahawa kembiri adalah harus.. sy akan juga berpegang pada kenyataan yg dikeluarkan JAKIM sendiri bahawa bulu kucing bukanlah najis.. kecuali lah terang-terangan sy nampak bulu tersebut terlekat najis maka bulu tersebut perlu disingkirkan atau dibuang sebelum mendirikan solat(bukan sebab bulu itu najis tetapi sebab wujudnya najis pada bulu tersebut..)...

Islam itu agama yg mudah dipraktikkan seharian dan tidak akan membebankan penganutnya..

sila baca halaman ni sebagai renungan dan sedikit panduan..

http://www.yussamir.com/2008/08/dahu...=1218473460000

wassalam
Reply With Quote