View Single Post
  #157  
Old 09-02-2010, 10:59 AM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Kembiri Kucing Kat Klinik Kembiri

Dik, bila ada kucing baru, buat benda one at the time. Jangan rushing semua sekali ye. Ok, mula mula biarkan dulu kucing dalam rumah familiar dengan keadaan tempat baru. Introduce sedikit demi sedikit bahagian rumah. Kalau adik ada kucing lain dalam rumah, kucing baru kena kurung dulu dalam kandang. Introduce kucing baru dengan kucing lama secara berperingkat. Let them sniff sniff each other dari luar kandang. Tapi kalau takde kucing lain, hanya dia seekor,let him explore rumah dengan keinginan dia sendiri.Letak litter box,food dan drinking bowl,toys dia dalam satu area/bilik. Jangan kacau dia.Biarkan dia sendiri explore rumah dan sekeliling.

Tunggu sehingga at least 2-3 minggu. Bila dia dah nampak relax dan takde nervous macam mula mula masuk rumah, baru bawa gi vet. Boleh buat general check untuk condition dia boleh di vaksin ke tak. Kalau kucing ada demam,skin problem dll sakit jangan sekali sekali vaksin kucing. Bila vet kata dia takde sakit apa apa, baru boleh vaksin dan deworm sekali. Lepas tu vaksin sebulan selepas vaksin yang pertama tadi. Procedure sama,kena pastikan dia sihat,jangan sakit bila bawa untuk vaksin kali kedua. Peringatan juga jangan mandikan kucing lepas vaksin sekurang kurangnnya tunggu 2 mingu. Kucing yang baru kena vaksin akan monyok dan ada yang demam. Pasal tu jangan mandikan dulu.

Itu baru langkah permulaan. Nanti langkah seterusnya akan akak ceritakan kemudian. Takut ko tak boleh digest semua sekaligus.

Umur kucing ni berapa bulan?? Izanis boleh neuter kucing ni dulu atau pun vaksin dulu.Tapi kalau akak lebih suka neuter dulu baru vaksin. Prodecure sama juga. Biarkan kucing dalam 2-3 minggu familiar dengan tempat baru,then baru hantar neuter.

Quote:
Originally Posted by Izanis View Post
Hye all.. sy baru sja adopt kucing jantan Domestic Long Hair + Persian given by z1tr0n. Sblum ni, sy bela kucing2 kampung yg xpernah la nak buat utk Vaccinated, Dewormed, Spayed/Neutered.

sy mmg xtahu apa2 mengenai Vaccinated, Dewormed, Spayed/Neutered. Boley sesiapa bantu sy? Little advise utk apa yg ptt sy buat utk Moo Moo?

TIA
Reply With Quote