View Single Post
  #1  
Old 12-21-2009, 04:37 PM
iskandarshah's Avatar
iskandarshah iskandarshah is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2009
Posts: 48
Rep Power: 0
iskandarshah is on a distinguished road
Default to PF frens berhati-hatilah

sori kalau cerita sy tiada kaitan dengan kucing tapi hendak memberitahu agar semua kawan2 disini berhati-hati.

pukul 2 ptg sebentar tadi sy dan seorang kwn berbangsa cina Jason ke Public Bank di bandar Rawang, sy menemani Jason yg mahu membuat pinjaman kereta. Sampai disana Jason Parking ketreta dia di depan PUBLIC bANK. Dan kami masuk kedalam kebahagian pinjaman.Jason membawa beg yg agak besar, dlm tu ada fail peribadi ada sijil2 sekolah/universiti dan salinan ic dsb.sudah berurusan kami pun turun dari bank dan kekereta Jason Jason meletakan begnya di tempat duduk belakang.

tiba-tiba ada seorang perempuan arab, memakai tudung labuh tetapi muka tidak ditutup seperti kebiasaan nya. perempuan itu mengetuk tingkap kereta dan bercakap "your money sir! your money sir" sambil menunjukan keluar bila saya dan Jason lihat keluar ada banyak duit bertaburan di bawah kereta Jason, duit kertas 5,10,1 dan 50 dalam keadaan yang agak keliru saya dan Jason keluar lalu mengutip duit itu, sangkaan saya ianya duit Jason terjatuh, sangkaan Jason ianya duit saya terjatuh.Perempuan Arab itu bercakap lagi "not good trow money" saya pandang perempuan itu dan mula rasa pelik, tiba-tiba beg ditempat belakang kereta Json hilang dan saya lihat perempuan itu lari ke sebuah kereta perdana sambil membawa beg Jason dan terus memecut kereta tersebut.kereta itu dipandu oleh seorang lelaki arab.

ketika itu barulah kami sedar kami ditipu.kami terus masuk kedalam kereta dan pergi membuat laporan polis. kami kira jumlah duit yg kami kutip itu rm 300.00

Perempuan Arab pencuri itu tentu kerugian kerana dalam beg Jason tiada apa cuma sijil2 peribadi.cuma masalahnya Jason perlu mendapatkan semula salinan2 sijil beliau. Tetapi bayangkan jika dalam beg itu ada duit yang banyak atau ada laptop atau sebagainya yang berharga. Tentu perempuan arab itu telah memerhatikan kami dari awal dan mengagak yang kami mengambil wang yang banyak dari bank kerana membawa beg besar.

Kesimpulannya saya harap kita semua berhati-hatilah terhadap apa jua yang kita buat. Fuh satu pengalaman yg baru bagi saya.Kesian Jason, tapi dalam beg Jason ada salinan IC NYA dan juga ada buku catatan nombor telefon dan no saya juga ada didalam.risau juga jika pencuri itu buat apa-apa.

walaubagaimana pun Jason sudah menbuat laporan polis. semoga perempuan arab itu akan tertangkap juga..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga.
kepada kawan2 disni berhati-hati ya.
Reply With Quote