View Single Post
  #34  
Old 07-31-2010, 05:35 PM
hhplover hhplover is offline
PetFinder Buddy
 
Join Date: Apr 2010
Posts: 58
Rep Power: 15
hhplover is on a distinguished road
Default Re: MCFA (Mail-CFA wannabe) cat show.....8/8/10 - CANCELLED???

Cik Hani,
Maafkan saya kalau terkasar, tapi saya ingin Cik Hani perjelaskan perkara berikut, disebabkan saya rasa Cik Hani pun terlibat dalam penganjuran acara ini dan berhubung baik dengan AJK dan En. Ismail.

Quote:
Originally Posted by hani14 View Post
salam semua..

saya dimaklumkan bahawa ajk akan mengedarkan maklumat venue, time & map of direction by next week kepada semua participant yg terlibat by email or sms. jadi tu diharap anda semua dapat bersabar.. dan tunggu maklumat terkini by next week.
Kenapa perlu tunggu minggu depan? Kalau sekarang dah ada info, sebarkan saja di sini. Di sini, coverage lagi luas dan saya rasa hampir 70% peserta adalah ahli petfinder.
Kenapa perlu tunggu minggu depan? Adakah pihak MCFA merasakan notis 1 minggu adalah mencukupi? Undang-Undang memaktubkan, setiap notis perubahan harus diberitahu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum diambil tindakan. Ini Undang-Undang.
Kenapa info untuk peserta sahaja? Adakah ini dijadikan alasan untuk pengajur tidak refund peserta? Kerana saya nampak, sekiranya penganjur kononnya telah menghantar sms/call (yang sebenarnya tidak) memberitahu perubahan perkara di atas, tapi tidak dibalas oleh peserta dalam tempoh yang ditetapkan, peserta akan kehilangan hak untuk refund. Saya rasa, adalah lebih adil di hebahkan di sini dan kalau boleh disemua media dan forum.

Quote:
Originally Posted by hani14 View Post
Insya-Allah tempat tidak akan berubah.. apapun tunggu jer maklumat terkini.
Kenapa perlu map direction kalau tempat tidak berubah? Dari dulu lagi di web MCFA telah ada map direction. Mengelirukan...

Dan ini saya rasa yang akan terjadi dan saya harap semua pihak (peserta dan penganjur) bersedia :-
1. Show akan tetap diadakan di Sunway Pyramid, tetapi bukan di Concourse sebaliknya diadakan di lot kedai kosong.
2. Begitupun, booking lot kedai ini mestilah mengambil masa yang panjang. Nak booking lot tapak pasar malam pun sekurang-kurangnya 2 minggu. Jadi saya ragu-ragu kalau ini berjaya dilaksanakan.
3. Setiap judge kalau dikira akan berharga RM50.00 bagi setiap ekor kucing pedigree dan RM 30.00 untuk kucing HHP. Sekiranya judge tidak mencukupi, jumlah refund di atas adalah perlu.
4. Show di tempat lain. Ini sudah berlainan dari yang dijanjikan dan pihak penganjur sepatutnya refund mereka yang tidak bersetuju dengan tempat yang disediakan. Ini Undang-Undang.
5. Show di tangguhkan. Penganjur harus memulangkan kembali wang penyertaan (kecuali dengan persetujuan bertulis peserta untuk digunakan bagi show ditangguh). Ini pun Undang-Undang.
6. Show dibatalkan. Semua wang harus dipulangkan kembali, tiada pengecualian. Ini Undang-Undang.

Di harap pihak MCFA atau Cik Hani dapat memberi penjelasan bagi perkara di atas.
Reply With Quote