Semalam buat followup kat vet. Doctor senyum tengok keadaan Chart Chai, mesti dia rasa bangga tengok hasil surgeri dia sembuh dengan cepat. Mata Chart Chai dah jadi biru balik. Doctor pun hairan cepat sangat mata tukar kaler. So tak dapat ler nak tunjuk mata kekuningan Chart Chai. Patutnya sebelum surgeri dulu aku ambik gambar tapi bila dah panik tak terlintas langsung nak buat.
Anak-anak senentiasa dipeluk dengan kaki depan.
Inilah luka surgeri Chart Chai.
Kerenah anak-anak dia menyusu sambil menekan luka surgeri
Alhamdullillah Chart Chai dah makin sembuh. Harap susu dia cukup untuk menyara anak-anak dia.