View Single Post
  #10  
Old 03-02-2009, 10:38 AM
hatemetoday's Avatar
hatemetoday hatemetoday is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Aug 2008
Location: Lumayan, Tasik Permaisuri
Posts: 1,155
Rep Power: 17
hatemetoday is on a distinguished road
Default is this true or just media manipulation?

sorry am pasting it in BM version...where did it go wrong...i havent lost my emotion watching those kids striving to live in SM..sekarang ni lagi la hati aku sayu tengok the real 'Salim' in tears...pls la people..kids are not to be hurt hokkeh!

Bapa pelakon Slumdog minta bayaran lebih



AZHARUDDIN menangis selepas ditampar oleh bapanya baru-baru ini.



MUMBAI - Bapa pelakon kanak-kanak filem Slumdog Millionaire, Azharuddin Ismail menuntut lebih banyak bayaran diberikan kepada anaknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Tuntutan tersebut disuarakan oleh lelaki berkenaan, Ismail Mohammed, 45, selepas anak lelakinya dikatakan dibayar kurang AS$28,550 (RM105,623) sedangkan filem itu meraih kutipan mencecah AS$175.6 juta (RM649.6 juta)

Azharuddin dilaporkan menerima bayaran AS$999 (RM3,696) sewaktu penggambaran manakala AS$24,981 (RM92,420) lagi dimasukkan ke dalam satu tabung amanah dan hanya boleh dikeluarkan ketika kanak-kanak itu berumur 18 tahun.

Selain itu, dia juga dibayar elaun bulanan sebanyak AS$28.60(RM106) dan keluarganya akan diberikan sebuah rumah baru berharga AS$28,550 (RM105,623).

Bagaimanapun, bapa Azharuddin yang tinggal di sebuah pondok serta menghidap batuk kering dengan pendapatan bulanan kurang AS$57 (RM211) berkata, bayaran kepada anaknya tidak mencukupi dan pengarah filem tersebut, Danny Boyle sepatutnya memberikan wang anaknya itu sekali gus dengan segera.

Kelmarin, sebuah akhbar melaporkan Azharuddin menangis selepas ditampar oleh bapanya kerana dia enggan ditemu bual media.

Bapa Azharuddin bekerja sebagai pemungut kayu api. - Agensi
__________________
Meekee.Boy.Itam.Amad.Acap.Milo.Mimi
Reply With Quote