View Single Post
  #19  
Old 06-07-2009, 07:12 PM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 16
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Re: Terminator Salvation

Dah tgk citer ni ptg tadi. Walaupun aku dah buat homework sikit, still confuse gak....Dlm Terminator 1-3, semua citer pergi ke zaman silam sebelum berlakunya peperangan antara manusia & mesin (Judgement Day). Tapi dlm T4 ni, Judgement Day dah pun berlaku. Tapi kenape pulak Kyle Reese muda remaja dlm T4 ni ? Saper yg pergi ke zaman saper ? Tak kan John Connor yg pergi ke zaman Kyle Reese kan ? Kalau John gi ke zaman Kyle Reese, mana boleh ada peperangan time tu. It's year 2018, maknanya memang masa tu John dah dewasa & jadi ketua yg menentang Skynet. Sebaliknya dlm citer ni, Kyle memang dah ada masa peperangan tu. As a matter of fact, dia yg bagi penerangan pada Marcus ttg peperangan manusia vs mesin ni. (Memula, aku ingat Marcus tu Kyle sebab dia tu serba tak tau what's going on). So kat sini aku rasa ada sikit tak logik laa.....ker aku yg tak paham ?

Dari segi effects, bagi aku yg tak byk cerewet ni, ok la....puas hati. Memang penat tgk citer ni sebab tak bagi peluang kita nak tarik nafas...A lil bit downside....bagi aku ....from 3/4 towards the end of the story, aku rasa suspense mood citer ni dah berkurangan @ menurun compared to di awal & pertengahan citer. Aku setuju dgn korang, watak John agak tenggelam berbanding Marcus. Aku juga tak berapa berkenan dgn penukaran pelakon2 dlm citer ni....Except Schwarzenegger yg dah boroi, tua & tak der masa nak berlakon lagi, I don't know why the producer @ director tukar pelakon bagi watak2 utama yg lain - John & Kate. Kalau setakat nak bagi muka tu nampak tua sikit sebab it's already 2018, pakaila special effects utk makeup, bukan tak boleh....Tak perlu tukar pelakon.....I think the reason nape ramai yg suka T2, selain dari plot citer yg menarik, juga adalah kerana watak-watak utama dlm citer tu mengekalkan pelakon yg sama (Linda Hamilton sbg Sarah Connor & Schwarzeneggar sebagai Terminator). So bila kita tgk T2, kita boleh link dgn T1...bila pelakon dah bertukar, mood kita sbg penonton pun ada sikit 'lari' laa...Itu pendapat aku, korang, aku tak tau
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...

Last edited by anitayusof00; 06-07-2009 at 10:59 PM.
Reply With Quote