View Single Post
  #16  
Old 09-15-2009, 11:58 PM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default Re: *selamat hari raya aidilfitri*



Salam Lebaran untuk semua...

Pakcu dengan ini ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Al Mubarak kepada semua kawan-kawan di Petfinder, samada yang pernah berjumpa atau pun tidak, yang pernah berforum atau pun tidak, yang pernah terbaca tulisan Pakcu atau pun tidak, pendek kata semua la yang ada di petfinder, samada anda menyambut Aidilfitri atau pun tidak.

Pakcu bagi pihak Pakcu Usual Pet Shop and Clinic dan Family... Doktor Zubaidah, Ewin Shah, Eko Putra dan semua anak bulus, dengan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap cakap, tersinggung perasaan, terlebih makan dan minum, terkurang layanan, terlupa kawan..... Sebagai manusia biasa, Pakcu tak dapat lari dari mebuat kesilapan.

Semoga di lebaran ini, kita-kita sama bertafakur dan ingat kepada salah silap kita, meningkatkan amalan dan ibadah kita, merapatkan hubungan keluarga dan rakan-rakan, meningkatkan keikhlasan amalan dan tutur kata serta lebih berbakti kepada keluarga dan rakan taulan yang lebih memerlukan.

Salam Lebaran dan Maaf Zahir dan Batin


p/s : Kalau tiada aral melintang, InsyAllah Pakcu akan mengadakan rumah terbuka PUPS. Tarikh nya akan diberitahu kelak. Semua dijemput hadir..... InsyAllah.
Reply With Quote