View Single Post
  #1  
Old 10-22-2009, 01:49 PM
Bareen's Avatar
Bareen Bareen is offline
Kucing Garong
 
Join Date: Aug 2008
Location: Kuching, Sarawak
Posts: 547
Rep Power: 16
Bareen is on a distinguished road
Send a message via MSN to Bareen Send a message via Yahoo to Bareen Send a message via Skype™ to Bareen
Default Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim



Pada Jummat lepas, 16/10/2009, jam 7:30 malam Chart Chai melahir anak pertama. Tali pusat aku kena potong sebab dia tak reti nak makan placenta anak tu. Anak kedua dan ketiga cuma kuar selepas tengahmalam, juga kena potong tali pusat. Jarak masa kelahiran tu jauh sangat, menunjukkan ada complikasi dengan kandungan Chart Chai.
Hari Sabtu, Chart Chai cam biasa saja. Hari Ahad dia tak makan atau minum. Masuk litterbox, meneran dan kencing, cuma titis-titis jer kuar. Bawah ekor dia mula senentiasa basah dan bila dilap dengan kapas berwarna oren. Hari Isnin, Chart Chai makin lemah tapi tetap jugak kuar masuk kotak menyusu anak dia. Balik keja malam tu, aku nak bawak gi vet tapi tak jadi sebab kena migrain. Balik keja hari Selasa, aku terus bawa gi vet. Mata biru Chart Chai dah bertukar jadi hijau kekuningan menambahkan kepanikkan aku.
Kat klinik, vet buat scanning. Ada seekor anak dia yang mati terlekat dalam rahim. Vet buat surgeri malam itu jugak. Sebelum tengahmalam, dapat sms dari vet cakap, surgeri ok. Anak yang mati tu dah bernanah dalam rahim. Cuma tunggu Chart Chai sedar dari ubat bius saja. Malam tu, anak-anak Chart Chai bising cari emak dan lapar. Aku bagi mereka susu Dutch Lady Fresh Milk isap melalui kapas.
Hari Rabu, check dengan vet keadaan Chart Chai. Dia dah bangun dan dah makan sikit-sikit. Malamnya aku ambik bawa balik. Vet juga tak nak tahan sebab anak-anak Chart Chai kat rumah. Sampai jer kat rumah, masuk saja ke kandang anak dia, Chart Chai terus masuk ke kotak dan mengonggong anak dia kuar tak lepas-lepas. Aku alaihkan kotak letak bawah katil aku, situ baru dia diam dan baring. Semalaman dia baring dengan anak-anak dia tak kuar-kuar. Kesian aku nengok dia. Dalam keadaan sakit dengan luka surgeri ketul-betul di antara puting di perut dengan anak yang lahap menyusu sambil menekan-nekan perut, Chart Chai diam saja. Sekuarangnya dia lebih cergas dari sebelum surgeri.
Malam nanti kena bawak vet lagik untuk buat dripping.
Masa ambik, vet tanya kat aku, samada mata Chart Chai memang hijau kekuningan atau biru. Aku cakap biru. Mula tengok dulu, vet kata toksin dalam badan memyebabkan mata Chart Chai jadi keruh. Sekarang nih dah jernih balik tapi warna kekuningan pulak. Kalau tak tukar balik jadi biru, elok gak ada kucing siam mata kekuningan.
__________________

Reply With Quote