View Single Post
  #1  
Old 11-07-2009, 09:58 AM
euanna's Avatar
euanna euanna is offline
Call me Yuana or Yan ;)
 
Join Date: Jan 2009
Location: Bdr Sri Permaisuri, Cheras
Posts: 710
Rep Power: 16
euanna is on a distinguished road
Default Puding Susu Sejat Malas



Haritu pergi Jusco, beli caramel pudding ..sedapnya.. tekstur yg lembut.. so, terfikir nak buat sendiri experimen. Try buat ikut resipi yg ada letak telur, tapi teksturnya lain sikit dan ada bau telur (sedangkan kat Jusco tu takde pun).. so.. cuba try test, jadila puding caramel malas ni

Resipi
(Caramel)
2 tblspoon gula
1 tblspoon air
1 teaspoon butter
Acuan pudding dlm 500ml (bekas ais krim pun jadila)

Cara
-Cairkan gula dalam kuali (senang kalau guna non stick pan) dengan api kecil dan kacau sampai sampai perang (jangan sampai terhangus yer.. )

-Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sebati (Berhati2 ya, gula cair tu panas dan akan menggelegak sikit)

-Matikan api dan masukkan butter, kacau sebati. Masukkan dalam 2-3 sudu besar ke dalam acuan.

Resipi puding
1 tin susu sejat (lebih kurang 400ml)
1 cawan air
5 tblspoon gula
1 teaspoon serbuk jeli konnyaku (beli paket kecik 10g lebih dari cukup)
1 teaspoon esen vanila

Cara:
-Masak air hingga mendidih dan masukkan gula, masak hingga larut
-Masukkan jeli konyaku sedikit demi sedikit dan kacau sehingga larut
-Kecilkan api dan masukkan susu sejat, esen vanila dan kacau sebati.
-Tapiskan bancuhan ke dalam acuan dan sejukkan.
-Bila dah cukup keras (test dgn cucuk guna pisau), terbalikkan ke atas pinggan hidangan.. yum..

Puding ni lembut macam taufufa.. kalau nak tukar dgn bahan lain pun boleh puding tu..let say.. susu coklat ke, melon milk ke.. yg bersusu sedap la kot ..(minggu depan nak experimen).. tapi kalau guna susu berperisa yg manis, tak payah letak gula.

P/S: Bf saya kata puding ni macam dadih teksturnya..hmm ye la kot

Dah siap..
Attached Thumbnails
Click image for larger version

Name:	DSC01144.JPG
Views:	6648
Size:	40.0 KB
ID:	7753  
Reply With Quote