View Single Post
  #7  
Old 04-06-2009, 11:48 AM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Saluran Kencing Berdarah

Ya, Lia, saya ingat experience Lia dulu, saya pun amat takut sebab saya pernah hantar kucing stray yg saya kasi makan hari-hari di tepi jalan, tiba-tiba kena jangkitan sporotrichosis satu per satu daripada seekor kucing yg dicampak di sana penuh dgan luka ulcer sporotrichosis .... yg betina kena dulu dijangkit semasa mengawan (masa tu belum dapat tangkap spay), lepas tu dia hamil dan beranak semua mati, bila lukanya teruk sangat sampai mata, leher, badan dan ekor berlumuran darah, saya tak tahan nengok dia, dan takut jangkit kepada kucing lain, saya terpaksa trap dan hantar utk dimusnahkan.

Hati saya berdebar, takut ada yg lain telah dijangkit tapi belum nampak kesan.

Alangkah malangnya, beberapa bulan kemudian, saya nampak seekor kitten berumur 8 bulan yg saya kasi makan semenjak kitten dan sempat kembirikan semasa umur 5 bulan, hensem-mensem dan bulu kilat lawa, menunjukkan kesan luka mcm ulcer di bahu dan buntutnya.

Saya pantau luka-luka tersebut selama 2-3 minggu, luka tidak beransuran sembuh mcm luka biasa tetapi nampak mcm luka jenis Sporo. Saya terus bawa ke vet utk confirm bawah microscope.

Tandanya positif dan terpaksa dimusnahkan. Hancur hati saya ... budak tu renung saya mendalam, matanya tak berkelip kesedihan ... vet baca doa dgn air mata mengalir, saya pun sama ...

Pastu, lepas dua bulan adik dia menunjukkan kesan yg sama, dengan hati yg amat sedih, saya membawanya ke klinik.

Sekarang semasa menaip pun air mata masih mengalir walaupun mereka semua cuma kucing stray tepi jalan dan longkang, tapi seperti manusia juga, mereka ada mempunya rasa kasih sayang, gembira melihat kita dan gembira berada di sisi kita apabila kita datang menjenguk mereka ...

Bukan senang utk menghantar kucing utk dimusnahkan demi kebaikan mereka dan juga supaya tidak menjangkit kepada kucing lain ... satu tindakan yg amat, amat mencabarkan hati ... tetapi penting dan mesti dilakukan ... tak ada pilihan lain.
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote