Hi rihazmuhammad,
Ini resipi saya, takde diambil dari ruangan resipi kesihatan kucing mana-mana so saya tak pasti sihat atau tak pada Kucing. hehe. Yang pasti kucing saya membesar, menggemuk sihat dan bulu tak luruh. :p.
Ayam Kukus
---------------
2 bahagian ribs ayam (Saya prefer ribs dari breast sbb tulang dia kucing suka geget-geget.)
2 ulas bawang putih diketuk.
Lebih kurang 2 cm halia
Lebih kurang 1 sudu sos tiram.
Lebih kurang 1 sudu teriyaki sos.
Campurkan semua sekali, perap dalam setengah jam. Kemudian kukuskan.
Disamping kucing makan, tuan kucing pun boleh tumpang sekali.
Ayam rebus
--------------
Rebus je breast/ribs ayam dengan air. lepas tu hidangkan. Tapi kucing saya dah tak mau makan ayam rebus camni, sbb mungkin rasanya too plain.
Selamat mencuba!