View Single Post
  #11  
Old 11-24-2010, 08:41 PM
maris_sa528 maris_sa528 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Oct 2009
Posts: 111
Rep Power: 11
maris_sa528 is on a distinguished road
Default Re: Spay & Neuter Programe

hidyrabdullah,

Cute betul soalan Hidir ni. Haha. Meh saya nak cuba menjawab soalan Hidir dengan sebaiknya. Mengikut Fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM,

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

Maslahat di sini bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya.

Dalam konteks ini, stray cat yang berkeliaran sekeliling kita, yang tidak terkawal populasinya, menyebarkan virus yang bahaya, serta boleh mengundang rasa tidak senang kepada masyarakat adalah HARUS dikembirikan untuk menjaga keselesaaan dan ketenteraman masyarakat.

Tetapi lain pula jika haiwan itu TIDAK menjadi satu beban. Sebagai contohnya jika haiwan itu tidak mengundang ketidakselesaan orang, let say kucing yang kita bela cuma 2 ekor yang makan pun cukup, berak pun dalam litter box, nak keluar rumah pun takut (let say you bela kucing yang naturenya adalah Indoor). Ada setengah kucing berbunyi pun mungkin seminggu sekali yang ternyata tidak mengundang ketidakselesaan jiran sekeliling kita. Dan tidak pula berkebarangkalian untuk membiak, maka hukum HARUS dari majlis fatwa tadi sudah tidak boleh diguna pakai.

TETAPI jika pemelihara haiwan risau haiwan peliharaannya membiak dan tidak terkawal populasinya dan tidak terjaga kebajikannya maka HARUS dikembirikan - kembali kepada maksud Maslahat tadi.

Kucing juga boleh pupus. Contohnya, dulu Russian Blue cat adalah street cat tapi hampir pupus pada Perang Dunia Kedua(1939-1945). Setelah ada usaha menyelamatkan then Russian Blue kembali muncul. Itu pun selepas beberapa dekad, still susah lagi nak jumpa. Rujuk: http://www.siblurussians.com/russian.html

Kesimpulannya... Kalau nak neuter/ spay stray cats... adalah dialu-alukan dan ianya adalah usaha yang sangat murni.....

Last edited by maris_sa528; 11-24-2010 at 08:47 PM.
Reply With Quote