View Single Post
  #1  
Old 11-28-2008, 10:42 AM
chemonk's Avatar
chemonk chemonk is offline
Puppet Master~
 
Join Date: Aug 2008
Location: Port Dickson
Posts: 587
Rep Power: 0
chemonk is an unknown quantity at this point
Default soal-jawab agama: neutering & spaying

"Here, im attaching some of the related excerpt i got from JAKIM. Alhamdulilah, some of my queries, has been answered. Im still waiting for my other queries, InsyaAllah, i'll put it here once i have it.
Though here, some is not in my queries list, but no harm to read. But, please thoroughly read, as some are quite confusing (kembiri issue-same question but different answer). The rest i think is quite clear.
As for me, I'll just accept what JAKIM has said and Tawakkal. That's all i can say.

Question: Is cat hair considered as najis?
Answer: According to the Syafi’i school of thought, cat hair is considered as najis. Hence, there must not be any cat hair on one’s body or solat area as this may render the solat invalid. One must therefore remove the hair by any means possible.
Excerpt from Majlis Ugama Islam Singapura


Soalan : Kucing adalah tergolong dalam binatang yang haram dimakan, adakah bulu kucing yang berterbangan atau terlekat pada pakaian atau sejadah , sembahyang saya sah atau tidak. Apakah hukumnya sekiranya kita telah mengambil air sembahyang dan memegang kucing dalam keadaan tangan yang basah..
Jawapan : Sah sembahyang yang dikerjakan walaupun tangan kita basah atau kering ketika memegang kucing. Ini kerana kucing bukanlah haiwan yang dikategorikan dalam najis mughallazah

Soalan : Saya ingin bertanya, adakah bulu kucing dan bulu binatang yang lain boleh membatalkan solat? jika boleh, adakah ini bermaksud membatalkan wuduk sekali? saya agak keliru kerana ada percanggahan pendapat daripada rakan-rakan saya.sekian,terima kasih...
Jawapan : Bulu kucing dan seumpamanya adalah tidak membatalkan solat..

Soalan : Apakah hukumnya mengembirikan kucing peliharaan?.
Jawapan : Hukum mengembirikan kucing peliharaan adalah haram sekiranya memberi kemudaratan kepada kucing berkenaan. Ini kerana Allah SWT telah menciptakan kucing itu ada jantan dan betinanya supaya ia dapat hidup dan membiak..

Soalan : Apakah hukumnya kita mengembirikan (kasi)kucing jantan bertujuan agar ia tidak kencing memancut demi tujuan kebersihan dalam rumah. Ini kerana seperti yg kita sedia maklum kucing jantan bila dewasa suka kencing memancut di dlm rumah tidak kira di mana ia sempat. Adakah haram kasi kucing jantan utk tujuan kebersihan ini kerana di dlm islam pun menitik beratkan kebersihan...
Jawapan : Kasi adalah bermaksud memandulkan binatang bukan bermaksud membuang alat jantina. mengkasi binatang adalah harus pada binatang yang harus dimakan semasa kecilnya. Manakala binatang yang tidak halal dimakan adalah haram dikasi..

Soalan : Apakah hukumnya memandulkan binatang peliharaan utk tujuan "birth control"?.
Jawapan : Hukum mengembiri / kasi adalah harus kepada binatang ternakan untuk tujuan mendapat keuntungan dari segi daging dengan syarat dikasi semasa kecil. Selain daripada binatang ternakan, tidak boleh dimandulkan.

Soalan : Apakah hukum saya mengkasi/ memandulkan kucing saya dengan tujuan untuk mengelakkan populasi kucing liar yang kelaparan meningkat dan juga kerana saya tidak mampu membela terlampau banyak kucing? .
Jawapan : Hukum mengembiri / kasi adalah harus kepada binatang ternakan untuk tujuan mendapat keuntungan dari segi daging dengan syarat dikasi semasa kecil. Selain daripada binatang ternakan, tidak boleh dikasi termasuk kucing..

Soalan : Apakah hukum memandulkan kucing betina/jantan dengan niat tidak mahu kucing membiak kerana sudah terlalu banyak kucing. Ada yang mengatakan hukumnye harus dan ada pula yang menyatakan hukumnya adalah haram.
Jawapan : Memandulkan binatang yang harus dimakan dagingnya seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya adalah harus hukumnya tetapi hendaklah dimandulkan binatang itu semasa kecil.
Walau bagaimanapun, menurut Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3&4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah.
Maslahah ammah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia.

Soalan : Saya amat berminat untuk membuka kedai binatang peliharaan yang halal (ayam,arnab,ikan air tawar)dan tidak halal dimakan (kucing,hamster,kura-kura dll). Masalah saya kali ini adalah bolehkah saya makan hasil daripada jualan haiwan perliharaan tersebut.Bolehkah pihak tuan bagi pendapat tentang masalah tersebut..
Jawapan : Memelihara dan menjual binatang yang halal dimakan dan halal dijual adalah harus dengan syarat adakan pasangan masing-masing.
Manakala memelihara binatang peliharaan yang tidak halal dimakan seperti kucing adalah diharuskan sebagaimana mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Sebaliknya menjual hamster, kura-kura, labi-labi dan seumpamanya adalah haram kerana binatang itu dihukumkan bangkai..

Soalan : Apakah hukumnya menjual kucing (kucing parsi)? Kucing ini dijual atas faktor kecantikannya. Hasil dari jualan kucing ini digunakan untuk tujuan membeli makanannya, vitamin, shampo dan lain-lain.Atau bolehkah hasil jualan kucing ini digunapakai untuk makan/minum..
Jawapan : Menjual kucing dan seumpamanya adalah harus dan pendapatannya halal.

Soalan : Apakah hukum membeli haiwan yang haram dagingnya untuk dimakan seperti penyu dan burung gagak
Jawapan : Harus membeli haiwan yang haram dagingnya dimakan seperti penyu, buaya, biawak, harimau, ular dan sebagainya

In Bahasa Malaysia, excerpt from JAKIM."

credit to Dukunlintah from kitten.com

sorry for bring up this issue again... dr apa yg dibaca diatas... mmg hukum kasi binatang peliharaan tu harus utk sebab sebab tertentu (i.e menjaga keamanan manuasia sejagat atas sebab kucing boleh membawa penyakit berjangkit)

tapi kalau dirumah kita... kucing yg indoor... diberi suntikan vaksin, dijaga supaya tidak berpenyakit, adakah terjatuh dlm kategori haram dikasi? kalau kucing kita yg dilepaskan.. aku rasa mmg masuk kategori menjaga keamanan manusia lagi..sebab kucing .. walaupun dibela.. tapi still dilepaskan berkeliaran di kawasan lapang yg terdedah kepada umum... cuma part indoor cat je yg aku tak beberapa pasti dr artikel soal jawab di atas...

satu lagi... niat is the most important thing bagi aku... kalau niat utk kasi binatang semata-mata utk masuk pertandingan, apa pulak kategori pengkasian itu.. sebab biasa aku terbaca in any cat event punya syarat penyertaan... kucing yg nak dibawa masuk bertanding.. disyaratkan di kasi... yg tak kasi tak boleh...

sapa sapa boleh tolong jelaskan lagi?
__________________
meoowwwwww~~
Reply With Quote