View Single Post
  #5  
Old 11-28-2008, 02:36 PM
arisham's Avatar
arisham arisham is offline
CFA Ambassador
 
Join Date: Nov 2008
Posts: 29
Rep Power: 0
arisham is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to arisham
Default Re: soal-jawab agama: neutering & spaying

Sorry. I have to went for Friday Prayer...here's the cont'.

Setelah berbincang dengan panjang lebar dengan pihak JAKIM, adalah disimpulkan bahawa :-

Secara am, HARUS mengkasi apabila proses tersebut membawa kebaikan yang lebih kepada haiwan tersebut.

Antaranya :-

1. Mengkasi dapat menghindarkan haiwan peliharaan daripada penyakit, garang, kecing merata-rata. spray, buang air merata-rata dan stress apabila tiada haiwan betina.

2. Mengkasi di HARUSkan apabila kita dapat mengelakkan masalah apabila haiwan tersebut tidak di kasi. seperti, beranak-pinak sehingga kita tidak mampu menjaganya dan terpaksa membuang haiwan tersebut, apabila kita tidak tahu menjaga haiwan tersebut apabila ia melahirkan anak.

3. Menjual haiwan yang dikasi diHARUSkan apabila kita tidak dapat mempastikan bahawa pembeli haiwan tersebut tahu akan masalah-masalah yang akan wujud apabila haiwan tersebut tidak dikasi dan bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin wujud sekiranya haiwan tersebut tidak dikasi.

4. Mengkasi dibolehkan apabila kita tidak mengetahui asal-usul dan tahap kesihatan haiwan tersebut yang mana ia boleh memberi masalah apabila haiwan tersebut dibiakkan.

5.Didalam peraturan pertandingan iaitu kucing tertentu mestilah di NEUTER atau SPAY. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan kucing tersebut digunakan untuk tujuan yang kurang baik seperti membiakkan secara terlampau tanpa mengira kesihatan kucing tersebut dan keraguan keatas genetik kucing.Apabila timbul keraguan, dan jika pilihan terbaik ialah meletakkan syarat tersebut maka ianya dibolehkan.


Apabila kita ingin merujuk tentang hukum-hakam, kita mestilah merujuk kepada mereka yang arif, terlibat serta tahu tentang hal tersebut. Contohnya saya pernah bertanya kepada seorang tokoh agama tentang hukum menembak burung untuk dimakan, beliau menjawab HARAM kerana ia tidak menggunakan 'senjata tajam'. Tetapi, apabila saya merujuk kepada JAKIM, ia dibolehkan kerana peluru yang bergerak pantas adalah disifatkan sebagai tajam dan boleh membunuh dengan syarat ia mestilah dibacakan ASMA ALLAH sebelum menembak dan mensyaratkan sembelihan semula pada burung tersebut walaupun burung tersebut telah mati. Begitu juga perbuatan menggunakan anjing buruan untuk memburu, syaratnya anjing tersebut mestilah dilatih untuk tujuan tersebut dan kita mensyaratkan sembelihan semula, walaupun anjing termasuk didalam NAJIS MUQHALLAZAH.

ISLAM adalah agama yang prihatin terhadap pengikutnya oleh itu secara am, sekiranya pilihan 1 membawa kebaikan daripada pilihan 2..maka kita dibolehkan mengikut pilihan 1...sebagai contoh, hukum memakan KHINZIR adalah HARAM..namun, sekiranya kita dalam keadaan memaksa dan tiada pilihan lain, kita dibolehkan memakannya. Begitu juga hukum memegang anjing...ramai mengatakan memegang anjing adalah HARAM secara total. sebenarnya tidak, kita dibolehkan memegang anjing dengan syarat anjing dan tangan kita adalah kering. Kerdas, petai..juga HARUS memakannya..namun begitu, jika kita mempunyai penyakit..dan boleh dibuktikan bahawa ia mampu sebagai penawar maka dibolehkan memakannya. Begitu juga dengan hukum menyamak...takkan jika anjing masuk kedalam rumah kita dan berlari segenap sudut rumah..atas katil dsb...takkanlah kita nak basuh satu rumah pakai air/air bercampur tanah (samak)??


wallahualambisawab...
__________________
CFA AMBASSADOR - Ask Me!

Last edited by arisham; 11-28-2008 at 03:48 PM.
Reply With Quote